UMNO belum terima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul secara rasmi

UMNO belum menerima secara rasmi surat peletakan jawatan daripada Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, walaupun beliau telah mengumumkan keluar daripada parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti memandang serius kenyataan Tengku Zafrul yang menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.

“Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, tindakan sedemikian boleh mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan, serta menimbulkan prejudis dan prasangka dalam kalangan akar umbi mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama parti.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja serta keanggotaannya dalam UMNO, sekali gus menamatkan lebih dua dekad penglibatannya dalam parti tersebut.

Related Posts

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merafak sembah tahniah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78 hari ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen berpandangan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi isyarat jelas bahawa Pas tidak lagi mempunyai ruang untuk bekerjasama dengan UMNO, malah secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS