Ulama Kelantan sokong Kerajaan MADANI, tolak usaha selalu tukar kerajaan

SEORANG tokoh ulama pondok terkemuka menzahirkan harapan agar kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan, sambil memberi amaran bahawa pertukaran kerajaan secara kerap hanya akan memberi kesan buruk kepada pembangunan Islam dan kestabilan ekonomi negara.

Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki, menyuarakan pandangannya itu ketika memberi ucapan dalam Program Malaysia Bermunajat 2025 di Masjid Putra malam tadi.

Menurut beliau, usaha pihak tertentu termasuk perancangan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan pada 26 Julai ini bagi mendesak Anwar meletak jawatan boleh menggugat kelangsungan pentadbiran sedia ada yang menurutnya membawa banyak manfaat kepada rakyat.

“Kita di Malaysia ini, lima tahun satu kerajaan pun sudah cukup. Ada masa, dua tahun satu kerajaan, malah setahun satu kerajaan pun pernah berlaku.

“Dasar berubah-ubah menyebabkan sekolah pondok jadi lemah, ekonomi pun malap. Ini bukan cara Islam,” tegasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kehadiran orang ramai ke program keagamaan seperti Malaysia Bermunajat mencerminkan sokongan jelas terhadap kerajaan semasa.

“Insya-Allah, segala cabaran dan rintangan negara ini dapat diatasi. Saya yakin kerajaan Datuk Seri Anwar dapat diselamatkan,” katanya.

Syeikh Wazir yang juga penasihat Kesatuan Pondok Kelantan turut mendedahkan hubungan peribadinya dengan Anwar yang terjalin sejak puluhan tahun lalu, termasuk bantuan kewangan yang pernah disalurkan oleh Anwar semasa beliau menetap di Pakistan selama 13 tahun.

“Beliau bantu pelajar-pelajar ASEAN di Pakistan ketika itu. Kebaikan itu beliau teruskan hingga kini,” katanya, mengimbau jasa lama perdana menteri itu.

Sementara itu, pembangkang kini sedang merancang untuk menganjurkan Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai dengan sasaran kehadiran meningkat kepada 300,000 orang, enam kali ganda daripada angka awal 50,000 peserta.

Dalam reaksinya semalam, Anwar mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya di Parlimen jika mereka benar-benar mahu mengambil alih kerajaan.

“Kalau berani, bawa usul di Dewan Rakyat. Kalau tak berjaya, tunggulah PRU akan datang,” katanya tegas.

Related Posts

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang memperhalusi kesan gangguan bekalan bahan petrokimia terhadap rantaian bekalan, khususnya sektor pembungkusan barangan keperluan harian, susulan penutupan Selat Hormuz. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi