UiTM dicadang jadi universiti keusahawanan TVET

PUTRAJAYA – Universiti Teknologi MARA (UiTM) dicadangkan untuk dijadikan universiti keusahawanan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) global, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, beliau mencadangkan perkara itu kepada UiTM kerana jumlah pelajarnya yang ramai dan menawarkan banyak kursus dalam pelbagai bidang.

“Maka saya ingin menyarankan kita mulakan UiTM ini sebagai universiti yang juga memfokuskan latihan keusahawanan di peringkat negara dan kemudian mungkin boleh dinaikkan di peringkat ASEAN dan peringkat global jika jumlah pelajarnya mencukupi.

“Tetapi penekanan mesti dilakukan untuk kewujudan usahawan yang lebih professional dan lebih ramai yang dipanggil sebagai tekno usahawan,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada program Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) di Dewan Berlian, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam, hari ini.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Junady Nawawi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Pengerusi Majlis TVET Negara berpandangan kursus di universiti dan teknikal TVET sesuai untuk persediaan graduan ke alam pekerjaan.

Dalam masa yang sama, katanya, usaha mesti ditingkatkan bagi menghasilkan graduan yang boleh menjadi usahawan.

“Saya memberi penekanan mengenai perkara ini bukan hanya untuk kita menghasilkan pencari pekerjaan tetapi juga pencipta pekerjaan.

“Ertinya, usahawan boleh mencipta pekerjaan untuk mengambil mereka yang berada dalam bidang yang sama untuk bekerja,” katanya.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi