UEC bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 – Mahdzir Khalid

ALOR SETAR – Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dilihat jelas bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) serta tidak selari dengan Dasar Pendidikan Nasional (DPN).

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, UEC juga tidak berpaksikan kepada teras Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang digariskan dalam Akta 550.

“Bagi saya, pihak yang mendesak kerajaan supaya mengiktiraf UEC ini perlulah baca, faham dan hadam terlebih dahulu Akta 550 itu sebelum membuat sebarang tuntutan. Itu adalah perkara asas untuk bercakap berkaitan sesuatu perkara dalam konsep hidup dalam sebuah negara di mana kita perlu meletakkan asas kenegaraan itu sebagai perkara pokok.

“Kita jangan hanya tahu nak bercakap semua perkara tetapi tidak memahami perkara asas kepada topik atau isu yang dibangkitkan itu”, katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau menegaskan, pihak yang sering dan berterusan mendesak supaya UEC diiktiraf itu, perlu lebih matang dan tidak semberono dalam membuat tuntutan tidak selari dengan akta di negara ini.

“Saya menyeru kepada semua pemimpin politik daripada DAP dan juga pejuang UEC, supaya menghormati Akta 550 dan mengutamakan kepentingan nasional khususnya dalam memartabatkan pendidikan negara,” jelasnya.

Mahdzir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah menambah, isu pengiktirafan UEC tidak sepatutnya dibangkitkan lagi jika pihak pejuang UEC menghormati akta yang telah termaktub secara terang dan jelas.

“Saya nak bertanya, apa keperluan yang sangat mendesak bagi UEC untuk diiktiraf, sedangkan sijil-sijil lain yang bertaraf antarabangsa seperti Ordinary Level (O-Level) dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) sudah sedia ada dan diiktiraf kerajaan sejak sekian lama,” katanya.

Menurut Mahdzir, semua pihak tahu bahawa UEC tidak selari dengan dasar pendidikan kebangsaan kerana ada komponen tidak sepadan, terutama dari segi kandungan silibus subjek Sejarah yang berfokus kepada sejarah negara China dan Asia Timur, bukan silibus sejarah Malaysia mengikut standard Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Katanya, selain tidak menggunakan Kurikulum Kebangsaan, UEC juga tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, sebaliknya menggunakan Mandarin sebagai bahasa pengantar utama.

“UEC tidak dipantau atau diseragamkan oleh KPM seperti sekolah-sekolah swasta yang lain.

“Bagaimana kerajaan nak mengiktiraf UEC jika semua itu tidak selari dan melanggar Akta 550? Apa justifikasinya kalau kerajaan nak iktiraf? Jangan kerana hanya mahu meraih laba politik, UEC terus dijadikan modal.

“Cukup sekadar UEC itu dilaksana secara bersendirian atas dasar sekadar ada dan tidak diusik oleh pihak lain. Jangan sampai ianya diharamkan terus kalau sudah menjadi barah yang merosakkan keharmonian dan perpaduan rakyat di negara ini,” tegasnya.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16