
KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sabah di Masjid Negeri Sabah, di sini pada Jumaat.
Majlis bersempena 16 Ramadan 1447 Hijrah itu turut diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri (Dr.) Musa Aman bersama Toh Puan Datin Seri Faridah Tussin.
Majlis dimulakan dengan acara khatam al-Quran, diikuti penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf serta sesi Bicara Al-Quran.

Musa dan isteri turut menyampaikan sumbangan tunai kepada golongan asnaf, sebelum majlis diteruskan dengan berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya; Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Exco Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab serta Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Isnin Aliasnih.



