Turun harga RON95 enam sen bukan keputusan mudah

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bukan mudah untuk kerajaan menurunkan harga minyak RON95 – walaupun hanya enam sen – kerana perlu mengambil kira implikasi kewangan kepada negara.

Perdana Menteri berkata, disebabkan itu beliau terpaksa mengambil masa beberapa hari untuk mengumumkan perkara tersebut kerana ia perlu dinilai dan dilihat secara teliti sebelum dihebahkan kepada rakyat pada Rabu lalu.

“Kita turunkan harga minyak kepada RM1.99… ya, memang negara seperti Thailand, Singapura sudah turun terlebih dahulu (berbuat demikian) tetapi kita lebih rendah dan ini adalah untuk rakyat Malaysia.

“Tak syukur, tak setuju tidak apa tetapi bukan mudah… sebab itu ambil masa kira berhari-hari, jadi jangan diremehkan benda ini.

“Mereka kata beza enam sen tapi mereka tidak dengar penerangan,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 di Dataran Darulaman, dekat Jitra, Kedah, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ada juga pihak mempertikaikan kenapa kerajaan tidak memberi subsidi kepada warga asing, namun beliau bertegas ia tidak perlu kerana mereka tidak membayar cukai kepada kerajaan.

“Saya pelik bila ada pembangkang cakap kenapa bebankan warga asing, mereka pun bagi sumbangan kepada negara… saya tak faham di dunia mana orang asing itu diberi layanan sama dengan warganegara?,” soalnya.

Beliau juga berkata, pemberian RM100 menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara sekali beri kepada semua rakyat berusia 18 tahun ke atas juga turut dipertikai oleh sesetengah pihak.

“Pemberian RM100 adalah tambahan daripada peruntukan RM13 bilion kepada RM15 bilion… suami, isteri akan dapat seorang RM100, kalau ada anak umur 18 tahun dapat lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, penangguhan kenaikan kadar tol juga mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung implikasi kewangan sehingga RM500 juta.

“Kalau ikut perjanjian, tol mesti naik tahun ini… bukan saya buat perjanjian tu, (kerajaan) yang dulu yang buat perjanjian.

“Kalau kerajaan tak naik, kerajaan kena bayar… tapi kerajaan tak naik sebab ia akan bebankan rakyat, jadi tidak mahu ucap terima kasih pun jangan la kutuk saya,” katanya.

Related Posts

Masjid perlu kekal bebas elemen politik

PUTRAJAYA – Masjid perlu kekal berperanan sebagai institusi penyebaran agama dan ilmu serta tidak wajar dikaitkan dengan sebarang aktiviti atau pengaruh politik kepartian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif ‘smart lane’ berjaya kurangkan kemalangan

PUTRAJAYA – Pelaksanaan ‘smart lane’ di lebuh raya menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan di beberapa lokasi utama, membuktikan keberkesanan inisiatif itu dalam meningkatkan tahap keselamatan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi