Tuntutan MA63 lebih cepat tercapai jika rakyat Sabah bersatu

PENAMPANG – Tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) setakat ini peringkat rundingan oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama yang juga ditunjukkan oleh kerajaan Persekutuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Development Studies (Sabah), Profesor Madya Datuk Dr Ramzah Dambul berkata, Sabah akan berjaya mencapai tuntutan dalam rundingan MA63 seperti Sarawak jika rakyat dan para pemimpin politiknya bersatu.

“Seperti Sarawak, negeri Sabah juga mampu mencapai rundingan terbaik dengan kerajaan persekutuan berkenaan tuntutan MA63 jika para pemimpin politiknya tidak bertelagah dan berselisih pendapat sesama mereka.

“Mewartakan Hari Sabah pada tarikh 31 Ogos sahaja pemimpin politik Sabah ada yang membuat pertikaian, menunjukkan belum ada perpaduan yang erat dalam kalangan pemimpin yang jika diteruskan sikap sebegitu maka sukar untuk Sabah mencapai keharmonian, terutama melalui perkara penting seperti MA63 ini.

“Kita jangan politikkan MA63, rakyat jadi contoh kepada pemimpin, jika rakyat bersatu, pemimpin pun tidak akan berani bercanggah pendapat, harus diingat Sabah dan Sarawak merupakan dua entiti yang serba kurang berbanding Semenanjung yang lebih maju berada di hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Memaknai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)’, dalam Program Pemukiman Komuniti Madani Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC), di sini, pada Isnin.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut hadir ke pemukiman itu yang disertai oleh hampir 1000 peserta daripada 219 Komuniti Madani Zon Sabah dan WP Labuan.

Related Posts

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

SEPANG – Kerajaan memberi jaminan keselamatan jemaah haji Malaysia kekal terpelihara walaupun wujud kebimbangan susulan konflik di Asia Barat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

SANDAKAN – Kerajaan memberi penekanan terhadap kepentingan sinergi antara agensi Persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif berkaitan tenaga kerja dapat dilaksanakan secara berkesan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang