TAWAU – Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek lelaki berumur 30 tahun berkenaan ditahan di sebuah rumah di Merotai.
“Mangsa berumur 15 tahun itu dalam perjalanan pulang dari sekolah menuju ke rumahnya dihampiri seorang lelaki menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
“Suspek pada awalnya bertanyakan arah tuju kepada mangsa sebelum bertindak berkelakuan tidak senonoh sambil menunjukkan kemaluannya.
“Mangsa yang terkejut kemudiannya melarikan diri ke kawasan rumah yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.
Menurut Jasmin, risau atas keselamatan diri, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis.
Kes akan disiasat dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah
ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menafikan dakwaan kononnya pihaknya bersikap lepas tangan dalam menangani kemelut yang dihadapi pesawah di bawah seliaannya susulan kenaikan harga diesel dan cuaca…
Lebih lanjut





