Tun Musa mahu siasatan telus kematian Zara Qairina, seru rakyat elak spekulasi

KOTA KINABALU – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman mahu pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian arwah Zara Qairina Mahathir.

Menurut kenyataan media Istana Seri Kinabalu pada Isnin, bedah siasat dilaksanakan pada Ahad dan siasatan kini sedang dijalankan sambil menunggu hasil laporan.

“Istana menegaskan siasatan mesti dilakukan dengan penuh ketelitian, tanpa rasa takut atau pilih kasih, berlandaskan kebenaran dan keadilan.

“Setiap aspek mesti disiasat sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan tersebut, menuntut keadilan bukanlah bermaksud membalas dendam, sebaliknya satu perintah Allah SWT untuk melindungi yang lemah dan menghukum pihak bersalah.

Pada masa sama, Istana menyeru orang ramai, khususnya pengguna media sosial, supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan tuduhan tidak berasas yang boleh mengundang teori konspirasi serta mengganggu integriti siasatan.

“Istana juga menyeru semua pihak memberi ruang kepada proses undang-undang berjalan dengan adil dan berdiri seiring dengan keluarga Zara dalam mencari kebenaran serta penyelesaian,” katanya.

Tun Musa dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga arwah, mendoakan kekuatan dan ketabahan mereka menghadapi dugaan ini.

Bagi memperingati arwah, Majlis Tahlil dan Doa Peringkat Negeri akan diadakan pada Khamis, 14 Ogos selepas solat Maghrib di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan secara serentak di semua masjid dan surau di Sabah.

Istana menggalakkan umat Islam menghadiri majlis tersebut, manakala mereka yang bukan beragama Islam disaran berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang