Tukun gerabak LRT pertama dilabuhkan di Pulau Tioman

TIOMAN – Pulau Tioman menjadi pulau pertama di negara ini melabuhkan tukun tiruan gerabak sistem transit aliran ringan (LRT) yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) di bawah kategori bangunan dan struktur.

Majlis pelancaran MBOR: The First LRT Coach Reef in Malaysia disempurnakan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Berjaya Tioman Resort di sini pada Sabtu.

Turut berangkat, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah bertitah inisiatif yang dicetuskan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) itu diharap dapat memberi impak positif kepada sektor pelancongan di pulau peranginan tersebut.

Tukun gerabak LRT yang telah diletakkan ke dasar laut Monkey Bay, Tioman.

“Beta harap tukun ini akan sedikit sebanyak membawa tarikan kepada pengunjung khususnya mereka yang minat dalam bidang selaman.

“Beta harap (dengan) terbinanya tukun ini, ekosistem marin di sekeliling Pulau Tioman akan bertambah baik dan beta juga mengalu-alukan banyak lagi usaha untuk merehabilitasikan tukun yang sudah mati di pulau ini,” titah baginda ketika merasmikan majlis berkenaan.

Baginda turut menzahirkan keinginan untuk menyelam di lokasi tukun LRT itu yang dinamakan sebagai Tapak Selam Al-Sultan Abdullah.

Tapak terumbu baharu yang dinamakan sebagai Tapak Selam Al-Sultan Abdullah ini direncanakan dapat meningkatkan kelestarian biodiversiti marin dengan menyediakan kawasan pembiakan ikan dan hidupan marin lain.

“Beta sendiri akan cuba selam nanti sebab beta agak terpanggil selepas tengok video tadi dan ini akan kita buat satu lagi temu janji untuk berada di Pulau Tioman dalam masa terdekat, insya-Allah,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah turut menasihati pihak berwajib khususnya YASA dan Lembaga Pembangunan Tioman terus memantau gerabak LRT itu bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan selamat agar tiada kejadian tidak diingini berlaku kepada penyelam.

Pengurus Besar YASA, Mohd Fakhrul Islam Juhali pula berkata, usaha melabuhkan dua gerabak LRT itu melibatkan 60 penyelam diketuai Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Usaha melabuhkan dua gerabak LRT itu melibatkan 60 penyelam.

Beliau berkata, objektif utama program itu ialah memperkenal terumbu baharu yang dinamakan sebagai Tapak Selam Al-Sultan Abdullah.

“Tapak ini direncanakan dapat meningkatkan kelestarian biodiversiti marin dengan menyediakan kawasan pembiakan ikan dan hidupan marin lain.

“Kita juga berharap tapak selaman ini dapat meningkatkan ekonomi tempatan dengan menarik lebih ramai lagi pelancong ke Pulau Tioman,” katanya.

Beliau berkata, Pulau Tioman dipilih sebagai lokasi program itu kerana kekayaan persekitaran marin dan kepentingan strategiknya sebagai destinasi pelancongan utama di Pahang.

“Pulau ini merupakan pulau terbesar dalam kumpulan sembilan pulau yang membentuk Taman Laut Pulau Tioman.

“Antara aktiviti yang popular di pulau ini ialah snorkeling dan selam skuba kerana terumbu karangnya selain menjadi laluan pendakian yang membawa pelawat ke air terjun yang cukup menakjubkan,” katanya.

Related Posts

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

PUTRAJAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik shingga 2.77 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini. LLM menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

KERAJAAN menyasarkan Masjid MADANI yang bakal dibina menjadi pusat komuniti setempat bagi umat Islam dan masyarakat sekitar untuk mendekati Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa cadangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM