Tukar lorong tiba-tiba, warga emas maut basikal dirempuh lori

KUCHING – Tindakan seorang penunggang basikal warga asing menukar lorong secara tiba-tiba membawa padah apabila mangsa maut selepas bertembung dengan sebuah lori di Jalan Pelabuhan Pending pada 16 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah menerima laporan berhubung insiden tersebut pada jam sekitar 9.30 pagi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan ngeri itu melibatkan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan serta sebuah basikal yang ditunggang mangsa yang berusia 78 tahun.

“Semasa kejadian, lori berkenaan sedang bergerak lurus di lorong tengah dari arah Jalan Senari menuju ke Jalan Pelabuhan Pending.

“Mangsa yang pada mulanya berada di lorong paling kiri dipercayai telah menukar arah secara tiba-tiba ke lorong tengah, lalu menyebabkan berlakunya pelanggaran pada bahagian sisi kiri lori tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Alexson berkata, akibat daripada kemalangan itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan semasa menerima rawatan pada jam lebih kurang 12.00 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati lori terbabit tidak mengalami sebarang kerosakan, manakala basikal mangsa pula mengalami kerosakan di bahagian hadapan kanan.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Related Posts

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

KOTA KINABALU – Program Viral Lab MADANI menjadi platform pendedahan kepada pelajar Kolej Vokasional dalam menghasilkan kandungan video kreatif dan berimpak selaras era digital. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesawat TLDM terbang rendah sekitar Sandakan sempena Hari Terbuka Armada 2026

SANDAKAN – Orang ramai di sekitar daerah ini dinasihatkan agar tidak cemas sekiranya melihat pesawat terbang rendah atau mendengar bunyi penerbangan luar biasa bermula Jumaat hingga Ahad ini. Tentera Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

Pesawat TLDM terbang rendah sekitar Sandakan sempena Hari Terbuka Armada 2026

Pesawat TLDM terbang rendah sekitar Sandakan sempena Hari Terbuka Armada 2026

Pesta Kaamatan Kg Minintod 2026 tampil aktiviti rapatkan komuniti setempat

Pesta Kaamatan Kg Minintod 2026 tampil aktiviti rapatkan komuniti setempat

Sambutan Minggu Perpaduan 2026 zon Sarawak tawar pelbagai aktiviti menarik di Miri

Sambutan Minggu Perpaduan 2026 zon Sarawak tawar pelbagai aktiviti menarik di Miri

Bersatu pecat 2 ADUN, 4 lagi pemimpin digantung dua penggal

Bersatu pecat 2 ADUN, 4 lagi pemimpin digantung dua penggal

132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah