Tukar kupon gores kepada nilai kredit sebelum 16 Nov – DBKK

KOTA KINABALU – Orang ramai yang masih mempunyai Kupon Fizikal (gores) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang belum digunakan boleh dikembalikan semula di mana-mana kaunter atau pondok letak kereta untuk ditukarkan kepada nilai kredit.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah mengumumkan tempoh penamatan penggunaan Kupon Fizikal (gores) bagi tempat letak kereta di Bandaraya Kota Kinabalu, berkuat kuasa 16 November depan.

“Selepas dari tarikh tersebut, penggunaan kupon gores adalah tidak lagi terpakai dan semua urusan pembayaran akan dikendalikan sepenuhnya secara digital.

“Pengguna yang menghadapi masalah seperti tidak mempunyai aplikasi Sabah Smart Parking, tidak menggunakan telefon pintar, golongan warga emas, tiada talian internet, tidak mempunyai perbankan internet dan sebagainya, bolehlah mendapatkan bantuan dan khidmat panduan di mana-mana kaunter atau pondok letak kereta.

“Petugas di kaunter atau pondok akan memberikan bantuan seperti pembelian kredit bagi pembayaran caj letak kereta, bantuan memuat turun aplikasi, pembelian kredit atau tambah nilai dan lain-lain,” katanya menerusi kenyataan DBKK di Facebooknya pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan warga Bandaraya Kota Kinabalu untuk memanfaatkan Program Pengampunan ‘Jom Bayar Kompaun’ yang telah dilancarkan pada 16 Oktober lalu dan akan berakhir pada 31 Oktober depan.

Katanya, tiada tawaran pengampunan akan diberikan selepas tamatnya program ini.

Oleh itu, sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi DBKK Holdings Sdn. Bhd. melalui talian 088-270181.

Related Posts

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

TAWAU – Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di Rainforest Waterfall, Taman Perwira, di sini, pada Isnin bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa berumur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas