Tujuh diberkas bergaduh di restoran

TAWAU – Polis berjaya menahan tujuh lelaki dipercayai terlibat pergaduhan di sebuah restoran di Jalan Haji Karim di sini, pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, kesemua suspek berumur 20 hingga 49 tahun itu berjaya diberkas dalam serbuan berasingan di Kampung Titingan dan Kg Muhibbah pada Isnin.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan susulan laporan polis yang dibuat pemilik premis terbabit pada hari yang sama.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati tiga suspek memiliki rekod kes berkaitan jenayah dan dadah.

“Motif pergaduhan masih dalam siasatan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Video rakaman CCTV berdurasi 1 minit 23 saat memaparkan aksi pergaduhan sekumpulan lelaki itu kemudian tular di media sosial pada Selasa.

Related Posts

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

LIMBANG – Semangat gotong-royong dan muafakat terus utuh dalam kalangan penduduk Kampung Kuala Mendalam apabila mereka berganding bahu membersihkan Klinik Kesihatan Kuala Mendalam yang terjejas teruk akibat ribut dan hujan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

KOTA KINABALU – Sektor pelancongan di negeri ini akan terus berdaya tahan meskipun berdepan cabaran susulan konflik semasa di Asia Barat. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM