Tubuh jawatankuasa khas kaji kawasan berisiko tinggi berlaku ‘sinkhole’

PUTRAJAYA – Jadikan peristiwa lubang benam (sinkhole) di Jalan Masjid India sebagai ‘wake up call’ untuk pihak terlibat supaya bertindak segera sebelum kejadian yang lebih parah sehingga melibatkan lebih banyak kematian berlaku.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Khidmat Malaysia (KM), Khairul Faizi Ahmad Kamil menyarankan kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji risiko kejadian lubang benam secara lebih mendalam di ibu kota.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kajian itu dilihat lebih mendesak ketika ini bagi memastikan  Kuala Lumpur benar-benar selamat daripada kejadian tanah jerlus yang dikhuatiri akan terus berlaku.

“Dengan kejadian berterusan banjir kilat yang melanda bandar raya dan kawasan sekitarnya, tidak mustahil ia berpotensi besar untuk menyebabkan kejadian tanah jerlus.

“Selain itu, aktiviti manusia dan paip air yang pecah di dalam tanah turut meningkatkan risiko berlakunya kejadian lubang benam pada masa depan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairul Faizi berkata, insiden banjir kilat, tanah jerlus, tanah runtuh dan mendapan yang semakin kerap terjadi akhir-akhir ini mencetuskan persoalan sama ada Kuala Lumpur selamat untuk didiami.

“Kemalangan itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai berhubung risiko terhadap keselamatan mereka di sebalik pembangunan pesat yang sedang berlaku di ibu negara ketika ini.

“Kejadian ini sebenarnya secara tidak langsung telah membuka mata masyarakat betapa bahayanya pembangunan pesat di ibu negara ketika ini jika tidak diberikan perhatian terhadap langkah-langkah keselamatan dan kawalan,” katanya.

Isu kebimbangan berkenaan berlakunya kejadian lubang benam atau mendapan tanah di Kuala Lumpur kini menjadi topik perbincangan berikutan kejadian melibatkan seorang pelancong India di Jalan Masjid India baru-baru ini.

Selepas lima hari kejadian itu, mangsa iaitu seorang wanita berusia 48 tahun yang terjatuh ke dalam lubang benam sedalam lapan meter masih gagal ditemukan sehingga kini.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000