Trump sedia tangguh pelaksanaan tarif import

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau mungkin menangguhkan lagi pelaksanaan tarif import terhadap beberapa negara melepasi tarikh baharu ditetapkan pada 1 Ogos, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ketika ditanya sama ada tarikh baharu itu muktamad, Trump memberitahu wartawan: “Saya akan kata muktamad, tetapi bukan 100 peratus.”

“Jika mereka hubungi kami dan mereka kata mahu lakukan sesuatu dengan cara berbeza, kami terbuka kepada perkara itu,” katanya.

Trump berkata, surat dihantar kepada lebih 12 negara – termasuk Jepun, Korea Selatan dan Afrika Selatan – mengenai rancangan tarif itu adalah ‘muktamad’, namun menambah – “Jika mereka hubungi dengan tawaran berbeza, dan saya suka, maka kami akan mempertimbangkannya.”

Trump sebelum ini menunda tarikh pelaksanaan tarif tinggi terhadap rakan dagangan dari 9 Julai kepada 1 Ogos.

Langkah itu bertujuan memastikan surcaj import dirancang tidak dilaksanakan sementara rundingan diteruskan.

Walaupun banyak butiran masih belum diselesaikan, termasuk bagaimana hubungan perdagangan masa depan antara AS dan Kesatuan Eropah akan distrukturkan.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat