Trump mungkin longgar tarif, turun harga makanan

WASHINGTON – Pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat (AS) pimpinan Presiden Donald Trump sedang merangka pengecualian besar terhadap beberapa tarif dalam usaha mengurangkan harga makanan yang tinggi di negara itu.

Menurut tiga individu yang dimaklumkan mengenai langkah terbabit, kos sara hidup yang tinggi terutama kerana peningkatan harga produk makanan import, menimbulkan kebimbangan pengguna di AS.

Perubahan berkenaan akan terpakai kepada beberapa tarif timbal balik yang diumumkan Trump pada April lalu, termasuk ke atas produk dari negara yang belum memeterai perjanjian perdagangan dengan pentadbiran itu, kata sumber yang enggan dikenali.

Pengecualian itu dijangka membabitkan produk daging lembu dan buah-buahan, namun sumber berkenaan menegaskan Trump masih belum membuat keputusan muktamad.

Isu peningkatan import daging lembu dari luar negara menjadi titik pertikaian dalam kalangan penternak AS, yang mendakwa ia bercanggah dengan matlamat asal Trump untuk meningkatkan pengeluaran domestik.

Jika cadangan itu diteruskan, ia akan menjadi satu lagi langkah pembatalan terhadap dasar ekonomi utama presiden itu susulan kebimbangan semakin meningkat mengenai kemampuan pengguna, meskipun Trump masih menegaskan bahawa bahawa harga sudah menurun.

Minggu lalu, Parti Demokrat meraih kemenangan dalam pilihan raya di seluruh negara, sebahagian besarnya kerana berjaya memanfaatkan keresahan pengundi mengenai kos sara hidup.

Pelan yang dijangka dilaksanakan itu melangkaui pengecualian yang dicadangkan Trump pada September lalu melalui perintah eksekutif yang hanya terhad kepada produk dan tidak dihasilkan atau ditanam di AS dan pembelian dari negara yang sudah memeterai perjanjian perdagangan dengan pentadbiran Trump.

Perintah itu mengarahkan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer, untuk menentukan pengecualian bagi lebih 1,000 kategori produk, termasuk logam dan mineral, antibiotik, alat ganti pesawat serta produk pertanian import seperti kopi, nanas, avokado dan kacang vanila.

Lutnick dikatakan menekankan kelonggaran terhadap beberapa barangan makanan yang sedang dipertimbangkan, berikutan harga yang tinggi, menurut dua individu yang mengetahui mengenai perkara itu.

Jika pentadbiran memilih untuk menawarkan pengecualian bagi produk dari negara yang belum memeterai perjanjian perdagangan dengan AS, ia boleh dilihat sebagai tindakan memberi ganjaran kepada negara yang tidak berusaha bekerjasama dengan pentadbiran itu.

Bagaimanapun, Rumah Putih tidak mengesahkan butiran cadangan berkenaan.

Jurucakap Rumah Putih, Kush Desai, dalam satu kenyataan memaklumkan pentadbiran Trump komited melaksanakan strategi perdagangan dan tarif yang tangkas, bernuansa dan pelbagai dimensi.

Pegawai di Pejabat Wakil Perdagangan AS dan Jabatan Perdagangan bagaimanapun enggan mengulas perkara berkenaan.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM