Trump berjaya tepis serangan propaganda media negatif

DONALD Trump tidak pernah berkempen atas naratif kononnya beliau bermimpi lalu bertemu dengan Nabi Isa untuk dikurniakan pesanan bagi menyatukan puak Republikan serta Demokrat.

Hanya berbekalkan sokongan daripada golongan elit kaya-raya seperti Elon Musk dan figura berpengaruh seperti Joe Rogan; di samping kesetiaan luar biasa pengundi akar umbi yang sangat taasub dengan slogan kempen Make America Great Again (MAGA), bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berjaya kembali ke Rumah Putih sebagai Presiden AS ke-47.

Trump sinonim dengan imej kontroversi dek kenyataan beliau yang lantang serta berbaur perkauman. Namun, di mata puluhan juta pengundi AS, sifat Trump yang suka berterus-terang dalam mengulas isu-isu panas tanpa menghiraukan budaya ‘political correctness’ yang kini sangat popular dalam kalangan media dan ahli politik, telah memberikan beliau satu reputasi yang sangat istimewa.

Pada masa yang sama, ramai pengamal media khususnya media berhaluan kiri dan pro-Demokrat di sana menyimpan rasa dendam terhadap Trump kerana sewaktu beliau menjadi Presiden AS ke-45, beliau banyak menyindir secara terbuka wartawan dan media pro-Demokrat sebagai penyebar berita palsu serta perosak negara.

Atas rasa benci terhadap Trump serta jentera kempen beliau, media arus perdana gergasi seperti CNN, NBC dan New York Times bertindak melaporkan banyak berita negatif mengenai Trump sebelum serta sepanjang tempoh kempen.

Namun, kali ini, jentera Trump tampak lebih bersedia dengan strategi mula berkempen dua tahun lebih awal sebelum tiba hari mengundi. Walaupun musuh lama Trump dalam industri media masih aktif menentang beliau, namun propaganda negatif yang dilancarkan terhadapnya kali ini berjaya ditepis oleh jentera Trump yang semakin mahir membaca strategi serangan media.

Sokongan dan pengaruh besar figura seperti Elon Musk yang merupakan pemilik platform X terbukti satu kekuatan besar yang melengkapkan kempen Trump dan menurut data terbaharu, Presiden AS ke-47 itu telah memenangi undi popular dengan majoriti besar.

Sudah pasti, yang bakal mengeluh selama empat tahun ini ialah pemilik dan pengamal media yang sedar bahawa musuh utama mereka telah kembali ke puncak kuasa.

Related Posts

MINDA TOK ABAH: Cerminan diri dan masa depan Generasi MADANI

DALAM hiruk-pikuk dunia yang berubah terlalu cepat, kita sering terperangkap antara harapan dan keresahan. Kita mahukan negara yang maju, pemimpin yang berwibawa, dan masa depan yang terjamin. Namun, adakah kita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM