Trio badminton negara bakal terima insentif lebih RM200,000

KUALA LUMPUR – Penat lelah pemain profesional lelaki negara, Lee Zii Jia berjuang menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris 2024 boleh dianggap sebagai ‘durian runtuh’ buat dirinya.

Zii Jia yang meraih gangsa kedua negara selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen 13-21, 21-16, 21-11 semalam bakal menerima imbuhan dianggarkan melebihi RM200,000.

Jumlah itu merangkumi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bernilai RM100,000 dan Skim Imbuhan Tetap Olimpik secara bulanan RM2,000 seumur hidup untuk pemenang gangsa.

Malah, pemain berusia 26 tahun itu juga bakal menerima kereta tajaan Chery Malaysia, Chery Tiggo 7 pro yang nilainya dianggarkan bermula dari RM123,800.

Selain Zii Jia, turut meraih gangsa di Paris 2024 adalah beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang kedua-duanya bakal menerima kenderaan utiliti sukan (SUV) sama seperti Zii Jia.

Aaron-Woi Yik juga akan menerima habuan RM100,000 menerusi SHAKAM namun mereka tidak memperoleh Skim Imbuhan Tetap Olimpik secara bulanan RM2,000.

Ini memandangkan gandingan nombor tiga dunia itu sudah memperoleh Skim Imbuhan Tetap Olimpik selepas penampilan di Tokyo 2020 yang menyaksikan mereka turut meraih gangsa.

Ketiga-tiga pemain ini bagaimanapun berkemungkinan menerima habuan melebihi jumlah dijangkakan sekiranya menerima insentif daripada pihak korporat, penaja dan Persatuan Badminton Malaysia.

Related Posts

Seri lawan Brentford, Arsenal gagal lebarkan jurang

ARSENAL terlepas peluang melebarkan penguasaan di puncak Liga Perdana Inggeris kepada enam mata selepas Brentford mengejutkan The Gunners dengan keputusan seri 1-1 awal pagi tadi. Keputusan itu sekali gus menghidupkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hanya lapan bulan, Tottenham rasmi pecat Frank

TOTTENHAM Hotspur memecat Thomas Frank selepas hanya lapan bulan membimbing kelab itu, susulan prestasi hambar menyaksikan mereka kini hanya lima mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris. Keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026