Treler bawa kereta mewah terbakar di Karak

KUANTAN – Sebuah treler membawa muatan kenderaan mewah terbakar di Kilometer 39, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat Bentong, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Bentong menerima laporan berhubung kejadian itu jam 11.40 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati treler jenis Scania itu membawa muatan kenderaan jenis Toyota Harrier sebelum terbakar pada bahagian bawah enjin.

“Api kemudiannya merebak keseluruhan lori tersebut dan kebakaran ini dipercayai berpunca daripada masalah enjin.

“Bagaimanapun, pemandu treler iaitu seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta tidak menularkan maklumat yang tidak benar susulan insiden terbabit.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang