Transaksi QR rentas sempadan catat 11.8 juta dalam separuh pertama 2025

SEBANYAK 11.8 juta transaksi pembayaran menggunakan kod respons pantas (QR) rentas sempadan dengan nilai keseluruhan RM967 juta telah direkodkan sepanjang separuh pertama tahun 2025.

Jumlah tersebut melibatkan pelawat asing yang membuat pembayaran di Malaysia serta rakyat Malaysia yang melakukan transaksi semasa melancong ke luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata pencapaian itu menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding keseluruhan tahun 2024 yang mencatatkan sebanyak 11.7 juta transaksi dengan nilai RM860 juta.

“Jumlah transaksi ini melibatkan bukan sahaja hubungan antara Malaysia dengan empat negara anggota ASEAN, iaitu Kemboja, Indonesia, Singapura dan Thailand, malah turut merangkumi hubungan dengan China dan Korea Selatan yang dibina melalui pengaturan komersial antara penyedia perkhidmatan pembayaran,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara yang disiarkan melalui laman sesawang Parlimen.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Senator Datuk Mohd Hatta Md Ramli mengenai usaha Malaysia dalam menyelaraskan perbezaan tahap kesediaan digital antara negara ASEAN khususnya dalam konteks pembayaran rentas sempadan.

Tambah Zaliha, Bank Negara Malaysia (BNM) kini sedang bekerjasama dengan bank pusat dari tiga negara ASEAN dan India di bawah Projek Nexus bagi membangunkan rangkaian pembayaran rentas sempadan pelbagai hala.

Katanya, inisiatif penyelesaian generasi baharu ini bertujuan untuk menghubungkan sistem pembayaran segera domestik di seluruh dunia menerusi satu sambungan tunggal kepada platform skim pembayaran Nexus.

“Entiti Nexus ini dijangka memulakan operasi bagi transaksi rentas sempadan secara langsung yang pertama pada tahun 2027,” ujarnya.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

  • By Siti
  • April 20, 2026
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia