Tonjol bakat anak muda tempatan – Nancy

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Sri Nancy Shukri berkata anak muda perlu mengambil peluang menunjukkan bakat dan produk yang ada kerana tempat yang berdekatan dengan kawasan tumpuan pelancong.

Kata Nancy, beliau mengharapkan golongan muda dapat memahami cara kerajaan untuk menggilap bakat orang muda.

“Saya menggalakkan golongan muda menerajui apa-apa jua aktiviti agar golongan muda peransang kepada golongan muda yang lain,” kata Nancy ketika hadir pada Program Karnival Hari Keluarga Sourabaya Ulu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Sourabaya Ulu, pada Sabtu.

Sementara itu, Nancy berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) meneruskan program sebegini agar dapat mengeratkan silaturahim serta memperkasakan usahawan kecil di kampung tersebut.

“Saya menyeru penduduk kampung mengambil peluang ini dan mempromosikan bakat serta produk yang ada kerana lokasi Kampung Sourabaya berhampiran dengan kawasan tumpuan pelancong selain kelebihan yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya,” jelasnya lagi.

Antara pengisian program tersebut ialah saringan kesihatan, saringan HIV/AIDS, perkongsian mengenai STD dalam kalangan remaja, pertandingan memancing dan mewarna, serta ceramah kesihatan.

Related Posts

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

TANJUNG MALIM – Penduduk di Gunung Besout kini menikmati akses perkhidmatan kesihatan yang lebih pantas apabila sebuah ambulans baharu diserahkan kepada Klinik Kesihatan Gunung Besout, di sini sekali gus memperkukuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI