BERTEBARAN tohmahan melibatkan isu konsesi Menara Kuala Lumpur dicipta oleh pembangkang bagi memberikan gambaran dan persepsi negatif terhadap kerajaan.
Dek kerana momokan pembangkang yang mendakwa Kerajaan Malaysia telah hilang hak pemilikan ke atas Menara KL menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.
Menerusi isu ini, mereka giat memainkan sentimen perkauman kononnya Melayu tertindas dan kaum lain mendominasi segalanya padahal hanya omongan kosong tanpa fakta.
Yang sebenarnya hanya bertukar adalah pengurusan setelah konsesi TM selama 30 tahun tamat pada 31 Mac 2025 bagi memantapkan lagi fungsi menara tersebut dalam pelbagai aspek.

Memetik catatan Iswardy Morni di Facebook, pada 2023, Request for Proposal (RFP) untuk pengurusan operasi dan penyelenggaraan menara itu telah diumumkan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan dibuka kepada lima syarikat swasta termasuk Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) tetapi RFP mereka gagal diterima.
Secara rasmi disambung oleh LSH Service Master Sdn Bhd bermula 1 April 2025 sebagai konsesi pengurusan.
Pada 18 April, notis dikeluarkan Kerajaan Malaysia kepada MKLSB atas penamatan kontrak tetapi Hydroshoppe Sdn Bhd bertindak menyaman kerajaan sebanyak RM1 billion dengan dakwaan melanggar kontrak tetapi pihak ini tiada hak kerana saham pemilikan yang dibeli adalah tanpa kontrak.
Fakta ini secara terang lagi bersuluh, pengarahnya, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara KL.
Tidak cukup dengan itu, terdapat pula tuduhan liar mengatakan Menara KL tidak pernah ada surau di Tower Head.
Sangatlah tidak logik tuduhan ini apabila sememangnya wujud dua surau di menara itu yang terletak di aras bawah tanah dan di tingkat tiga Tower Head.
Ditambah pula, fitnah jahat membawa khabar angin terdapat penjualan arak di restoran berputar, Atmosphere 360 yang diuruskan oleh Banjaran Sempurna sedangkan minuman tersebut tidak pernah dijual.
Sejak dahulu lagi, restoran ini hanya menyajikan makanan dan minuman yang halal buat para pelanggan mereka.
Fakta-fakta ini telah tertera pada enjin carian Google yang boleh diakses oleh orang ramai.
Baru-baru ini negara digemparkan kebakaran berikutan letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, Subang Jaya dan ada pihak mendakwa ia adalah sekadar pengalihan isu yang dilakukan oleh kerajaan untuk menutup isu konsesi Menara KL.
Tuduhan yang dimainkan ini adalah sangat berat kerana ia melibatkan nyawa ramai penduduk yang tidak bersalah.
Hadirnya pembangkang ‘tidak berkualiti’ hanya sekadar mengeruhkan keadaan dan tidak mampu memberikan buah fikiran yang bernas apabila terjadi sesuatu musibah yang meruntun hati.
Ketika ini, Kerajaan MADANI terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha menyelesaikan isu ini dan sedaya upaya membantu mangsa-mangsa yang terjejas teruk.

Berhentilah menunggang sebarang isu yang tidak memangkin kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
Mungkin, pembangkang boleh mencontohi pembangkang terdahulu yang lebih bijak menjadi semak dan imbang kepada kerajaan berbanding ‘menangguk di air keruh’.





