Tindakan Tengku Zafrul keluar UMNO tak jejas usaha kukuh ekonomi

PUTRAJAYA – Keputusan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz meninggalkan UMNO tidak menjejaskan usaha kerajaan mengukuhkan ekonomi negara serta memperkasa sektor perdagangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pegangan politik seseorang itu tidak seharusnya dicampur aduk dengan pengendalian dan pengurusan organisasi, apatah lagi melibatkan pentadbiran sebuah negara.

“Kita ada had sempadan yang jelas (antara politik dan pentadbiran)… kita profesional, dalam prinsip ini saya memilih untuk santuni perbezaan pandangan itu,” katanya selepas merasmikan Forum Wanita dalam Eksport 2025 di pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di ibu negara, hari ini.

Turut hadir Tengku Zafrul dan Pengerusi Matrade, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, lapor Bernama.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya mengenai impak keputusan peletakan jawatan Tengku Zafrul selaku ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO terhadap pentadbiran negara serta pelaksanaan dasar kerajaan.

Mengenai hubungan peribadi beliau dengan Tengku Zafrul, Ahmad Zahid berkata, semuanya dalam keadaan baik.

Tengku Zafrul menerusi kenyataan pada 30 Mei lalu memaklumkan telah menghantar surat peletakan jawatan dalam UMNO kepada pimpinan parti itu.

Related Posts

Jawatan tertinggi bukan jaminan jadi calon PKR PRU16

JOHOR BAHRU – Kedudukan sebagai ketua cabang, ketua wanita atau ketua pemuda PKR bukan jaminan dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tegas tidak kompromi salah guna kuasa

KUALA LUMPUR – PKR menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemimpin atau ahlinya yang didapati menyalahgunakan kuasa. Ketua Penerangannya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah