Tindakan dikenakan kepada Albert Tei ikut undang-undang, prosedur sah

KOTA KINABALU – Tindakan yang dikenakan terhadap Albert Tei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dijalankan mengikut undang-undang dan prosedur yang Sah.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sentiasa memastikan setiap keputusan dibuat berpandukan undang-undang, dokumen yang berkaitan dan maklumat yang dikemukakan semasa pemeriksaan.

“JIM menegaskan bahawa tindakan pegawai pada hari kejadian dibuat berasaskan Tatacara Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Kenyataan oleh peguam beliau, di Mahkamah Kota Kinabalu pada 24 Oktober 2025 yang mendakwa anak guamnya dihalang daripada hadir ke prosiding mahkamah adalah tidak tepat dan tidak menggambarkan keadaan sebenar,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Katanya, JIM mengambil maklum mengenai laporan media dan rakaman video yang tular melibatkan Albert Tei, berkaitan insiden di KKIA pada 23 Oktober 2025.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati bahawa semasa pemeriksaan dokumen di pintu masuk KKIA, nama individu berkenaan didapati tersenarai dalam rekod Notis Arahan Sekatan (NAS) yang masih aktif.

“Susulan itu, pegawai bertugas di kaunter pemeriksaan pintu masuk telah menemu bual individu berkenaan dan individu tersebut memaklumkan bahawa tujuan kedatangannya ke Negeri Sabah adalah untuk bertemu rakan dan menyatakan untuk membuat cubaan masuk ke Negeri Sabah tanpa mengemukakan sebarang bukti tujuan kemasukan ke Negeri Sabah.

“Berdasarkan semakan lanjut, syarat NAS yang ditetapkan di bawah arahan Pihak Berkuasa Negeri mendapati rekod individu tersebut masih aktif dan beliau hanya dibenarkan masuk bagi tujuan menghadiri prosiding mahkamah,” ujarnya.

Jelasnya dalam rekod, individu yang sama pernah dibenarkan masuk pada bulan September 2025 selepas mengemukakan dokumen panggilan mahkamah kepada pegawai bertugas di kaunter pemeriksaan pintu masuk.

“Hal ini membuktikan bahawa beliau sedia maklum mengenai prosedur kemasukan yang perlu dipatuhi berhubung status NAS yang dikenakan ke atas dirinya,” jelasnya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM