Timor-Leste bersolidariti, sedia bantu banjir Malaysia

TIMOR-LESTE melahirkan rasa simpati yang mendalam dan solidariti kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir yang teruk mutakhir ini.

Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao dalam rangka kerja lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia sehingga esok berkata, negara tersebut sedia menawarkan bantuan kepada Malaysia dalam usaha menangani bencana alam ini.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Timor-Leste, kami mengucapkan takziah kepada keluarga yang terjejas dan mengalami kehilangan.

“Kami juga sedia menawarkan sokongan kepada kerajaan Malaysia dalam usaha menangani bencana alam ini dan membantu mereka yang memerlukan,” lapor Bernama di Putrajaya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pertemuan dua hala di pada Isnin.

Setakat 8 pagi hari ini, jumlah mangsa banjir di seluruh negara dilaporkan seramai 138,052 orang.

Xanana Gusmao tiba di Malaysia semalam untuk memulakan lawatan rasminya selama tiga hari, yang merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini selepas memegang jawatan pada 1 Julai 2023.

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar