Tiga sungai di Kelantan lepasi paras amaran

PUTRAJAYA – Tiga sungai di Kelantan melepasi paras amaran dan berjaga-jaga setakat jam 8 pagi tadi berikutan hujan berterusan sejak semalam.

Menurut Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Semerak di Pasir Putih melepasi paras amaran 2.3 meter, dengan bacaan 2.57 meter.

Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Melor di Jambatan Melor, Bachok pula melepasi paras berjaga-jaga.

Ketiga-tiga sungai itu menunjukkan trend menaik dan sehingga kini hujan masih berterusan.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara JPS sebelum ini meramalkan hampir 20 kampung di kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Sungai Golok yang bersempadan Malaysia-Thailand dijangka banjir bermula hari ini hingga Ahad.

Pusat ramalan itu melalui kenyataan memaklumkan amaran dikeluarkan susulan hujan berterusan selain status paras air sungai yang diramalkan melebihi paras bahaya.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat