Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Kampung Tabuan Melayu

KUCHING – Satu insiden kebakaran telah memusnahkan tiga buah rumah di Jalan Kampung Tabuan Melayu, Tabuan Jaya pada petang tadi.

Menurut kenyataan Jurucakap Pusat Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6 petang.

“Pihak bomba segera menggerakkan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian dan tiba pada 6.11 petang.

Selain itu, Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya diketuai oleh Komander Operasi PBK II Syamsyul Mustapha, dengan bantuan BBP Padungan yang diketuai oleh PBK I (TBK I) Law Kim Hin serta BBP Batu Lintang yang diketuai oleh PBK I (TBK I) Chaplin Wan.

Menurut laporan awal, kebakaran melibatkan tiga rumah jenis separuh kekal.

“Rumah pertama yang didiami oleh lima keluarga yang melibatkan 12 orang iaitu lima lelaki, empat perempuan serta tiga kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Manakala, rumah kedua turut musnah sepenuhnya yang didiami oleh dua keluarga melibatkan enam orang iaitu seorang lelaki dewasa dan seorang perempuan serta seorang lelaki warga emas dan seorang perempuan warga emas.

Difahamkan kemusnahan rumah ketiga hanya melibatkan 30 peratus yang didiami oleh satu keluarga iaitu seorang lelaki, seorang perempuan, seorang perempuan warga emas serta dua kanak-kanak lelaki kembar.

Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran dengan empat nozel di bahagian kiri dan kanan rumah yang terjejas. 

Sumber air diperoleh daripada pili bomba, selain penggunaan pam angkut untuk membuat ‘relay pumping’. 

Sehingga kini, anggota bomba masih giat menjalankan kerja pembaik pulih di lokasi kejadian.

Seramai 22 anggota telah terlibat dalam operasi ini dengan kekuatan jentera melibatkan tiga buah FRT dan dua buah RIM. 

Pegawai kanan yang berada di lokasi ialah PKPgB Ebby Hirwandy Sarbini (KOK), TPgB II Ts. Mohamad Meramit (Ketua Balai), dan PKPgB Azaharul Sahari (Pegawai Operasi Zon 1).

Turut hadir di lokasi bagi memberikan bantuan ialah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kekuatan enam anggota serta dua pegawai dari Sarawak Energy Berhad (SEB).

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Related Posts

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

SANDAKAN – Kerajaan memberi penekanan terhadap kepentingan sinergi antara agensi Persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif berkaitan tenaga kerja dapat dilaksanakan secara berkesan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

SANDAKAN – Aktiviti penjualan rokok tidak berlesen di sekitar kawasan kaki lima Pasar Batu 8, di sini, pada Sabtu menjadi tumpuan dalam satu tinjauan dan pemantauan menerusi lawatan turun padang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang