Tiga lagi individu dirakam keterangan oleh MCMC berhubung hantaran palsu 3R

PUTRAJAYA  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga lagi individu berhubung hantaran palsu berunsur perkauman di Facebook dan TikTok berkait insiden seorang wanita menaiki pentas utama semasa sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak di Ipoh, pada Ahad.

MCMC menerusi kenyataannya berkata, hantaran tersebut yang mendakwa kononnya tindakan itu dilakukan oleh seorang wanita berbangsa Cina adalah tidak benar.

Kata agensi itu, dakwaan yang dilemparkan berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Rakaman keterangan ke atas ketiga-tiga individu berkenaan dijalankan di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah; Balai Polis Beserah, Kuantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang, semalam.

“Sebanyak tiga unit telefon bimbit, tiga keping kad SIM dan satu kad memori telah disita bagi tujuan analisis forensik digital,” katanya, pada Khamis.

Dalam pada itu, MCMC menegaskan, siasatan kes terbabit dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

“Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

“MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengesahkan kesahihan maklumat sebelum membuat atau menyebarkan sebarang kandungan di media sosial,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang memakai kemeja dan seluar hitam tersebut dilihat berlari ke arah Sultan Nazrin yang sedang berdiri memberi tabik hormat sewaktu lagu kebesaran negeri Perak sedang dimainkan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 pagi itu dan semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah selain rekod rawatan psikiatri yang kini berada di bawah pengawasan pakar.

Related Posts

Inkues: Saya panggil nama Zara, pegang pipi tapi tiada respons – Saksi ke-6

KOTA KINABALU – “Saya panggil Zara… Zara…dan pegang pipi dia tapi tiada respons,” kata pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Linah Mansoding@Jaliha, 65, semasa menemukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kastam Johor tumpaskan cubaan seludup air zamzam, cecair vape

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya menumpaskan cubaan menyeludup air zamzam dan cecair rokok elektronik dengan nilai rampasan keseluruhan termasuk duti serta cukai dianggarkan mencecah RM3.42…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues: Saya panggil nama Zara, pegang pipi tapi tiada respons – Saksi ke-6

Inkues: Saya panggil nama Zara, pegang pipi tapi tiada respons – Saksi ke-6

Rumah kongsi 16 pintu, kereta dan motosikal terbakar di Tawau

  • By Fatin
  • September 12, 2025
Rumah kongsi 16 pintu, kereta dan motosikal terbakar di Tawau

Kastam Johor tumpaskan cubaan seludup air zamzam, cecair vape

Kastam Johor tumpaskan cubaan seludup air zamzam, cecair vape

Fitnah, bina persepsi palsu terhadap Fadhlina, PKR Kimanis buat 2 laporan polis

  • By Ithma
  • September 12, 2025
Fitnah, bina persepsi palsu terhadap Fadhlina, PKR Kimanis buat 2 laporan polis

Tubuh jawatankuasa diraja pisahkan peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya

Tubuh jawatankuasa diraja pisahkan peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya

179 mangsa banjir dpindah ke 4 PPS Penampang

  • By Fatin
  • September 12, 2025
179 mangsa banjir dpindah ke 4 PPS Penampang