‘Tidak ada masalah’

KUANTAN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan dakwaan wujudnya masalah dalaman antara sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan Pemuda UMNO.

Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim berkata, ia adalah perkara biasa apabila berlaku perbezaan pandangan dalam politik.

“Tidak ada masalah… itu perkara biasa,” katanya kepada media selepas menghadiri program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Pahang 2024 di Dewan Datuk Sri Abdul Manan Ismail di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan AMK dan Pemuda UMNO berbalas kenyataan selepas Pilhan Raya Kecil Sungai Bakap pada 6 Jun lepas.

Menyentuh mengenai Kembara JOM, Adam Adli berkata, kos sara hidup, peluang pekerjaan dan pendidikan adalah antara isu yang banyak dibangkitkan oleh golongan belia sepanjang program itu berlangsung di sembilan negeri termasuk Pahang.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, segala pandangan serta maklum balas golongan belia sepanjang program tersebut akan diambil serius oleh pihak kementerian dan dikumpulkan untuk digunakan dalam merangka polisi pada masa hadapan.

“Di pihak kementerian, platform Kembara JOM ini adalah antara jalan untuk kita mengumpul input secara langsung… kita kumpul pandangan secara dialog dan kita juga ambil survei menerusi QR untuk dijadikan rumusan terutama belanjawan akan datang,” katanya.

Adam Adli berkata program itu adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia serta Jabatan Belia dan Sukan Negara bagi membolehkan pemegang taruh memberikan maklum balas serta pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi kementerian.

Beliau berkata maklum balas dan pandangan yang diterima itu akan diguna untuk memuktamad pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu kepada pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

Related Posts

Akar umbi UMNO perlu kuasai media sosial, mahir AI

KUANTAN – Penguasaan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI) menjadi antara faktor terpenting menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Justeru, semua ahli UMNO perlu mempelajari dan menguasai kemahiran baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda