Tiada strategi kompleks dalam kempen, hanya penyampaian terus – Abdul Said

SANDAKAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum, Abdul Said Pimping, menyatakan bahawa strategi kempen beliau tidak melibatkan pendekatan sukar atau bersifat tersembunyi, sebaliknya fokus kepada penyampaian maklumat secara terus kepada rakyat melalui siri ceramah dan program masyarakat.

Beliau berkata, kehadirannya dalam pelbagai program sama ada ceramah kelompok kecil mahupun perhimpunan besar memberi ruang untuk menjelaskan kelebihan PH serta memperkenalkan dirinya sebagai calon yang mewakili kerajaan negeri dan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.

“Saya hanya menjual produk PH dengan kelebihan yang ada pada kami sebagai kerajaan.

“Saya yakin masyarakat akan menilai dengan tenang dan memilih pada 29 haribulan nanti, insya-Allah,” katanya ketika di temui media selepas mengadakan Lawatan di Pusat Media PRN17 di The Pavillion Hotel, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Abdul Said turut menyatakan bahawa beliau tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’, sebaliknya menawarkan tiga komitmen utama sekiranya diberi mandat.

“Saya janji menjadi mata, telinga dan suara rakyat.

“Sebagai mata, saya akan melihat setiap situasi dan keadaan di kawasan pentadbiran saya.

“Sebagai telinga, saya akan mendengar setiap rintihan, cadangan dan keluhan rakyat.

“Sebagai suara, saya akan membawa semua isu ke peringkat lebih tinggi untuk diselesaikan,” katanya.

Menurut beliau, tumpuan akan diberikan kepada golongan belia dan wanita, selain melihat keperluan menyeluruh bagi pembangunan Gum-Gum.

Bercakap mengenai manifesto khusus kepada komuniti nelayan, Abdul Said berkata, tiada dokumen khas dikeluarkan, namun pengalaman beliau sebagai Pengurus Persatuan Nelayan selama hampir lapan tahun menjadi asas kepada gerak kerja membantu nelayan.

“Saya pastikan setiap nelayan mendapat hak dan pembelaan yang sewajarnya, termasuk elaun sara hidup, bantuan peralatan seperti bot kecil dan kemudahan mengikut keperluan kategori nelayan,” katanya.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi