Tiada rombakan Kabinet, Rafizi, Nik Nazmi sedang cuti

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum memikirkan untuk merombak Kabinet susulan peletakan jawatan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Perdana Menteri menegaskan, penggantian anggota Jemaah Menteri baharu tidak boleh dilakukan kerana Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa itu secara asasnya sedang bercuti.

“Belum (fikir buat rombakan), mereka (Rafizi dan Nik Nazmi) masih bercuti, kita tak boleh ganti orang yang sedang bercuti,” katanya ditemui selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Semalam, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan meletak jawatan masing-masing berkuatkuasa 17 Jun serta 4 Julai depan.

Mereka berdua mengaitkan keputusan itu dengan kekalahan dalam pemilihan PKR baru-baru ini.

Susulan pengumuman itu, Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan memaklumkan, Anwar meluluskan permohonan cuti menteri berkenaan.

Rafizi dan Nik Nazmi sebelum ini tewas pada Pemilihan PKR 2025 dengan Rafizi gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR, manakala Nik Nazmi tewas pada pemilihan sebagai Naib Presiden.

Related Posts

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

PUTRAJAYA – Infrastruktur digital tidak lagi sekadar lapisan sokongan, sebaliknya menjadi tulang belakang utama dalam menentukan kecekapan negara serta daya saing Malaysia di peringkat global. Berucap di Majlis Memorandum Persefahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC