Tiada protes pengundi Cina!

KLUANG – Dakwaan negatif yang dimomokkan kononnya pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan protes dengan tidak keluar mengundi ternyata tidak benar.

Seawal jam 7 pagi pengundi-pengundi kaum Tionghua sudah hadir menunaikan tanggungjawab demokrasi sebagai rakyat Malaysia.

Pengundi terawal yang tiba di SJK (C) Chong Eng, Ong Yong Heng, 73, dari Taman Lian Seng, Kluang mengayuh basikal sejauh 1.5km dari rumahnya kelihatan begitu ceria dan bersemangat hadir untuk mengundi.

Pada jam 8.04 pagi Yong Heng sudah keluar dari pusat mengundi untuk menikmati sarapan pagi dengan jari berdakwat.

“Sekarang sudah bagus ada kerusi dulu berdiri, saya datang awal pagi sebab jam 9 pagi panas.

“Saya datang seorang berbasikal. Isteri saya 9 pagi baru keluar mengundi,” katanya.

Pasangan pengundi Cina warga emas Lok Leng, 84 dan suaminya memilih datang sebab faktor cuaca.

“Kami cuma datang berdua, anak-anak kerja tak dapat balik mengundi.

“Lagipun kami tak ada apa nak buat apa di rumah,” kata pengundi warga emas itu.

Sementara itu pasangan suami isteri, Yap Kok Yoon, 62 dan isterinya, Wong Hoong Nooi, 60, bergegas datang mengundi awal sebab akan pulang membuka perniagaan mereka di bandar Kluang.

“Kami datang mengundi awal pagi sebab nanti nak balik buka kedai,” kata mereka berdua.

Sementara itu, pasangan suami isteri berbangsa India, G Balakrishnan,73 dan isterinya, K Nagartina, 72, dari Taman Kluang Barat memanfaatkan cuti minggu untuk keluar awal mengundi.

“Kami sudah bersara, jadi tak ada apa nak buat di rumah. Jadi kami datang awal lah,” kata mereka berdua.

Seorang pengundi muda, Leslie,23, berkata, ini kali kedua dia mengundi.

“Saya belajar kursus elektronik di Melaka, keluar mengundi awal bersama nenek.

“Tak betul orang kata orang muda Cina tak keluar mengundi, undi senang saja. Saya memang semangat nak mengundi,” katanya.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam