Tiada projek mega, keutamaan projek berkepentingan rakyat

KERAJAAN akan memperbanyakkan perkhidmatan bergerak dengan peruntukan sebanyak RM100 juta, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ia bagi memenuhi keperluan masyarakat desa dan pedalaman yang terpaksa menempuh perjalanan panjang untuk keluar.

“Perkhidmatan Komuniti Bergerak Sabah, Sarawak diperluas ke Kampung Pangaraan, Sabah dan Pulau Bruit, Sarawak manakala klinik bergerak oleh hospital pengajar universiti diteruskan seperti rawatan saringan mamogram oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Klinik Gigi Bergerak ditambah sembilan lagi menjadikan 54 buah di seluruh negara. Bank BSN Bergerak ditambah empat lagi menjadikan 12 buah terutama untuk Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.

“Perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara dan mahkamah bergerak juga ditambah baik,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut menegaskan sekarang bukan masanya melaksanakan projek mega, sebaliknya pembangunan negara akan menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat.

Katanya, tumpuan pembangunan negara juga kepada kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025 hari ini, beliau menyenaraikan projek berkepentingan rakyat dan menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri.

Di Perak, Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) sebagai hab hijau berteknologi tinggi pertama di Asia Tenggara yang diterajui oleh SD Guthrie dan PNB.

Projek Penyaluran Air Mentah Sungai Perak untuk bekalan air di kawasan utara Perak dan Pulau Pinang, selain Lembah Teknologi Tinggi Automatif (AHTV) di Tanjong Malim sebagai hab automotif negara dipacu oleh Proton dan Geely.

Projek lain adalah Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) sebagai hab industri maritim serantau.

Di Pahang, Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi melibatkan sungai-sungai di negeri itu, pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands dengan menaik taraf jalan dari Bulatan McDonalds ke Persimpangan Brinchang.

Di Johor, Projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat kepada enam lorong Fasa 3 dari Simpang Renggam ke Machap, selain Projek RTS Johor-Singapura yang dijangka beroperasi pada 2027.

Selain itu, Projek Pembinaan Baraj dan Takungan Air Pinggiran Sungai di Sungai Sedili Besar, Kota Tinggi.

Di Kelantan, Projek pembinaan Loji Rawatan Air Machang dan Projek Pemanjangan Landasan Kapal Terbang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Di Melaka, pembinaan pusingan U bertingkat dan direct u-turn dari Persimpangan Pulau Gadong hingga Persimpangan Taman Cheng Perdana di Melaka Tengah, selain Pembinaan Pasar Besar Melaka Sentral.

Di Perlis, projek pembinaan jalan menghubungkan Jalan Pesisir Pantai ke Kuala Sanglang serta naik taraf Jalan Persiaran Wawasan, Kangar daripada dua kepada empat lorong.

Selain itu, projek naik taraf pos kawalan dan pembinaan blok baharu di Kompleks ICQS Wang Kelian.

Di Selangor, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2, pembesaran Pelabuhan Klang ke arah aspirasi sebagai 10 pelabuhan terbaik dunia, selain melebarkan jalan di Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang.

Di Kedah, pembesaran Kulim Hi-Tech Park yang akan menempatkan syarikat semikonduktor seperti Infineon, selain pembinaan bangunan tambahan Hospital Kulim.

Di Kuala Lumpur, membangunkan Rantau Warisan dengan membaik pulih Bangunan Carcosa Seri Negara oleh Khazanah, selain Projek Lebuh Raya Laluan Istana–Kiara (LIKE) dari Jalan Duta ke Jalan Istana.

Di Negeri Sembilan, Projek Naik Taraf Jalan Bahau-Keratong, Jempol dan Projek Naik Taraf Loji Rawatan Kumbahan Serantau Kuala Sawah.

Di Pulau Pinang, Projek LRT Pulau Pinang, Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Projek Batu Kawan Industrial Park 3.

Di Terengganu, Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tepoh dan Banggol Air Lilih, Kuala Nerus, selain Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark, Merchang; Projek Ladang Solar Terapung Hidro Hibrid Kenyir dan hab hidrogen hijau.

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO tubuh kolaborasi agung Melayu tanpa menggugat Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – UMNO berhasrat untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’, tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim