Tiada laporan kerosakan akibat gempa bumi lemah di Segamat malam tadi

SEGAMAT – Pihak berkuasa keselamatan serta agensi berkaitan giat menjalankan pemantauan susulan gempa bumi lemah yang melanda beberapa kawasan di Segamat, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat, Mohd Ezzuddin Sanusi berkata, orang ramai juga diminta melaporkan sebarang insiden kecemasan susulan gegaran berkenaan kepada pihak berkuasa.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Segamat berkata, sehingga laporan ini dikeluarkan, pihaknya belum menerima laporan kerosakan harta benda, kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah melalui Pejabat Daerah Segamat memaklumkan satu gegaran berlaku dengan kekuatan 2.5 magnitud pada jam 7.56 malam tadi.

“Menurut laporan awal, gegaran dapat dirasai penduduk kawasan sekitar Segamat dan berdekatan. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) akan terus memantau keadaan ini.

“Orang awam diminta untuk bertenang dan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih susulan gempa bumi lemah ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Mohd Ezzuddin berkata, pihaknya akan terus menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa untuk keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terpelihara.

Related Posts

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

KUANTAN – Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang semalam. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, hujan lebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan