Tiada kompromi bagi pengamal ajaran sesat di Johor

BATU PAHAT – Kerajaan Johor akan mempergiatkan pemantauan serta tindakan tegas bagi individu atau kumpulan yang didapati cuba menyeleweng ajaran Islam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ia termasuklah amaran keras serta tindakan penguatkuasaan dan prosiding mahkamah yang akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat.

Justeru kata beliau, pihak kerajaan negeri akan memantau pertubuhan berkaitan keagamaan (Islam) agar tidak terlibat dengan ajaran-ajaran yang telah difatwakan haram dan sesat.

“Nasihat kami kepada orang ramai supaya menjauhi semua ajaran yang telah difatwakan sesat. Malah, orang ramai digalakkan untuk melaporkan dengan kadar segera sekiranya mengetahui atau mempunyai info ajaran-ajaran yang dilihat menyeleweng serta melanggar hukum agama.

“Ia bertujuan untuk memastikan setiap ajaran yang sesat dan menyeleweng dari ahli sunnah wal jamaah tidak terus aktif di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Kursus Modul Hafazan Tadika Tahfiz Negeri Pahang Kepada Pendidik Masyarakat Tabika Kemas Peringkat Negeri Johor Tahun 2024, di sini, hari ini.

Sementara itu, berkenaan dengan kursus yang dilaksanakan ia melibatkan 542 pendidik Tabika Kemas Negeri Johor yang berteraskan modul hafazan tahfiz negeri Pahang.

“Selepas ini anak-anak berusia 4-6 tahun akan didedahkan kepada hafazan ayat-ayat Al-Quran khususnya pada juzuk ke 30,” katanya.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang