Tiada kekebalan undang-undang walau pernah berjasa – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada individu boleh terlepas daripada tindakan undang-undang jika terbabit dengan rasuah, biarpun pernah berjasa atau mempunyai pengaruh besar dalam negara.

Anwar berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu gentar, sebaliknya mesti cekal mengambil tindakan terhadap mana-mana tokoh, tanpa mengira latar belakang atau sumbangan yang pernah diberikan, sekiranya terbabit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

“Ramai yang beri alasan orang itu berjasa, tidak sihat atau banyak membantu negara. Namun, jasa bukan alasan untuk menghalang tindakan.

“Semua orang ada jasa, tukang cuci pun ada jasa. Firaun sekalipun pernah disebut memberi makan dan gaji kepada rakyatnya, itu pun jasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-58 SPRM dan peluncuran kempen Keep Malaysia Clean di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; serta Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa keberanian SPRM menyiasat kes berprofil tinggi wajar dipuji.

Malah, kerajaan memberi sokongan penuh kepada usaha tersebut demi membersihkan negara daripada amalan rasuah.

Menurut beliau, iltizam politik yang jelas diperlukan supaya tindakan penguatkuasaan tidak terhenti separuh jalan hanya kerana tekanan atau pengaruh pihak tertentu.

“Saya pun aneh, SPRM ada keberanian ambil tindakan tetapi disergah, dimarahi kerana mengambil tindakan terhadap orang itu atas alasan kononnya ada jasa atau tidak begitu sihat. Sepatutnya berterima kasih kepada SPRM, memberi semangat dan dorongan. Kritikan ini bukan sahaja di luar, malah berlaku dalam Parlimen,” katanya.

Justeru, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI pimpinannya akan terus mendukung usaha SPRM dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

“Saya lihat SPRM menggegarkan negara dengan keberanian bertindak terhadap sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang. Tahniah kepada semua. Mana pernah dalam sejarah keberanian SPRM bertindak ke atas pembesar yang paling berpengaruh.

“Tan Sri Azam ada menyebut kepada saya, memandangkan pembentangan Belanjawan semakin hampir, bagaimana hendak memberi peruntukan tambahan kepada SPRM serta layanan dan pengiktirafan sewajarnya atas khidmat cemerlang SPRM,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM