Tiada istilah cuti, KPM gigih susun semula ekosistem sekolah selamat – Fadhlina

TIADA istilah cuti bagi pasukan Kementerian Pendidikan (KPM) yang sedang gigih menyusun semula semua mekanisme bagi memperkukuh ekosistem sekolah selamat di seluruh negara, ketika ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beberapa insiden yang berlaku kebelakangan ini menuntut usaha lebih gigih daripada semua pihak bagi memperbaiki kelemahan dalam sistem keselamatan sekolah.

Jelasnya, KPM sedang memperhebat pelbagai inisiatif bagi memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga pendidikan sentiasa terjamin.

“Beberapa insiden yang berlaku lewat ini menuntut kita untuk bekerja dengan lebih kuat lagi bagi memperbaiki kelompongan yang ada demi memastikan keselamatan anak-anak, para guru dan seluruh warga pendidikan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Fadhlina turut mengadakan sesi pertemuan dan taklimat bersama pasukan sokongan psikososial yang menjalankan intervensi krisis untuk membantu komuniti sekolah yang terjejas akibat beberapa insiden kebelakangan ini sekaligus mencerminkan komitmen berterusan KPM dalam memastikan persekitaran sekolah yang lebih selamat, harmoni dan kondusif bagi pembelajaran murid di seluruh negara.

“Pertemuan dan ‘debrief’ ini penting untuk mendukung sokongan kesihatan mental dalam kalangan warga sekolah yang terlibat,” katanya.

Selain itu, beberapa siri perbincangan bersama pasukan KPM turut diadakan bagi membincangkan langkah penambahbaikan aspek keselamatan dan disiplin murid, selaras dengan keputusan Jemaah Menteri baru-baru ini.

“Insya-Allah, saya akan umumkan beberapa langkah tambahan dalam masa terdekat,” katanya.

Related Posts

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

DALAM keghairahan mengangkat isu rasuah sempena Himpunan Pekerja 1 Mei, sebahagian tuntutan yang dikemukakan dilihat gagal mengambil kira perkembangan semasa, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap kerelevanan persepsi yang dimainkan. Antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

KITA telah berbicara tentang seorang negarawan yang tidak pernah benar-benar menjauh daripada rakyat. Negarawan yang memahami politik bukan sekadar sebagai permainan kuasa, tetapi sebagai perjalanan panjang yang dibentuk oleh pengalaman.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan