Tiada boikot, semua parti termasuk MCA akan sertai kempen PRK DUN Nenggiri

PUTRAJAYA – UMNO memberi jaminan bahawa tiada perbuatan boikot akan dilakukan MCA pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, seperti mana yang dilakukan parti itu di PRK DUN Kuala Kubu Baharu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, setiap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai tanggungjawab bersama agar calon yang diwakili mampu merampas kerusi tersebut daripada Perikatan Nasional (PN).

“Ya, (MCA dan MIC) sudah tentu akan turun  apabila kita kata Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) semua sekali parti komponen akan terlibat.

“Semua yang berada dalam (Kerajaan Perpaduan) memang akan turun. Tidak timbul (boikot) sebab semangat BN-PH ini bila PRK sahaja dia akan rasa tanggungjawab untuk bersama,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Barisan Nasional- Pakatan Harapan Bagi Pilihanraya Kecil Dun Nenggiri, Kelantan di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Sebelum ini, MCA tidak mahu terlibat dalam kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu susulan kerusi tersebut tidak ditandingi calon BN.

BN mempertaruhkan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bagi mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN Nenggiri yang akan berlangsung pada 17 Ogos depan.

PRK itu diadakan selepas Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pada 19 Jun lepas mengumumkan kekosongan kerusi itu susulan tindakan Bersatu menggugurkan keahlian penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Asyraf menafikan dakwaan wujud beberapa siri perbincangan berlangsung di antara pemimpin Umno dengan Pas bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan menegaskan, perbincangan itu mungkin berlaku hanya dalam kalangan ahli atau penyokong, namun bukan membabitkan kepimpinan kedua parti tersebut.

“Saya sebagai Setiausaha Agung UMNO pun tidak tahu. Kalau mahu berbincang kena berbincang dengan kepimpinan. Perbincangan dengan ahli, semua orang boleh berbincang.

“Seperti juga saya dengar pemimpin Pas berbincang dengan pemimpin PH (Pakatan Harapan). Kita negara yang sentiasa mengamalkan demokrasi, semua orang boleh berbincang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mendedahkan wujud beberapa siri pertemuan antara Pas bersama UMNO bagi membincangkan kerjasama berkenaan.

Related Posts

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu,” kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya beberapa jam lalu. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026
  • YnomYnom
  • February 13, 2026

Ynom KOTA KINABALU – Kastam Malaysia merekodkan kutipan hasil sebanyak RM9.97 bilion bagi Januari 2026, melepasi unjuran bulanan RM9.17 bilion dengan lebihan RM800 juta atau 108.72 peratus. Ketua Pengarahnya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026