Thaksin jambatan penghubung Asean dengan AS dan China – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR- Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai Pengerusi Asean tahun depan, dianggap sebagai jambatan penghubung dalam memperkukuh kerjasama antara rantau Asean dengan kuasa besar global.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Thaksin Shinawatra yang berpengaruh di Thailand, juga dikenali sebagai figura yang diterima baik oleh Amerika Syarikat (AS) dan mempunyai hubungan rapat dengan China.

“Peranannya sebagai penasihat adalah tidak rasmi, namun Thaksin memiliki pengaruh besar di Thailand dan diterima oleh Amerika Syarikat, selain mempunyai hubungan erat dengan China. Oleh itu, beliau dapat menjadi jambatan penghubung untuk Asean.

“Personaliti seperti Thaksin dan beberapa individu lain bukanlah sebahagian daripada kumpulan formal, mereka hanya rakan lama dan kenalan lama Perdana Menteri Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), dan Perdana Menteri boleh berbincang serta mendapatkan pandangan mengenai bagaimana Asean harus terus maju ke hadapan,” katanya dalam sesi pertemuan media sempena Kepengerusian Asean-Malaysia 2025, malam tadi, lapor Bernama.

Pelantikan Thaksin, yang dicadangkan oleh Malaysia dan dipersetujui oleh Thailand, diumumkan oleh Anwar dalam sidang media bersama rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra, di Putrajaya, semalam.

Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan pengerusi Asean pada 1 Jan tahun depan dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, yang mencerminkan aspirasi negara untuk memupuk Asean yang bersatu dan makmur.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pelantikan tokoh-tokoh lain untuk peranan yang sama akan diumumkan kemudian.

“Ini bukan sebagai penasihat kepada pengerusi Asean, tetapi sebagai penasihat kepada Perdana Menteri selaku pengerusi Asean. Ia bukan penasihat yang berasaskan Asean, jadi bukan kumpulan formal atau segmen baru dalam Asean,” katanya.

Related Posts

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

PUTRAJAYA – “I’m home” (Saya sudah pulang). – Demikian hantaran ringkas Khairy Jamaluddin di akaun Instagram malam tadi. Hantaran itu dipercayai merujuk keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi