Thailand saring hampir 2,000 penumpang dari India

BANGKOK – Kementerian Kesihatan Awam Thailand memaklumkan lebih 1,700 penumpang yang tiba dari Kolkata, Barat Bengal, India kawasan yang merekodkan beberapa kes wabak virus Nipah (NiV) telah menjalani saringan kesihatan, dengan tiada kes dikesan setakat ini.

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul mengarahkan semua agensi berkaitan memperketatkan langkah saringan, dengan pasukan di lapangan terbang mula beroperasi sejak hujung minggu lalu.

Penumpang dari kawasan berisiko tiba secara purata hampir 700 orang sehari melalui tiga lapangan terbang utama – Suvarnabhumi, Don Mueang dan Phuket.

Menteri Kesihatan Awam, Phatthana Phromphat menegaskan, koordinasi telah dilakukan dengan timbalan perdana menteri dan Menteri Pengangkutan, Phiphat Ratchakitprakarn, untuk memastikan prosedur saringan dijalankan secara menyeluruh.

Jika terdapat kes disyaki, Jabatan Perkhidmatan Perubatan dapat menempatkan individu berkenaan dalam prosedur kuarantin dan menjalankan ujian virus dalam tempoh lapan jam.

Beliau menambah, virus NiV berbeza dengan Covid-19 kerana individu yang belum menunjukkan simptom tidak menyebarkan virus, menjadikan risiko penularan di dalam penerbangan sangat rendah.

Thailand setakat ini belum pernah mencatatkan sebarang kes NiV sejak virus ini dikenal pasti pada 1998.

Wabak lazimnya berlaku dalam kumpulan kecil di beberapa negara termasuk India dan Bangladesh.

Pihak berkuasa Thailand turut memantau situasi dengan rapi, termasuk penilaian perkembangan di India, dan setakat ini tiada tanda virus bermutasi.

Tiga hospital juga diarahkan bersedia menerima pesakit disyaki atau disahkan, termasuk Hospital Rajavithi, Hospital Lerdsin dan Hospital Nopparat Rajathanee.

Persiapan itu melibatkan staf pakar, bilik isolasi, ubatan, dan peralatan perubatan, serta kerjasama dengan institusi pakar untuk komplikasi kompleks, seperti Institut Neurologi, Institut Penyakit Paru-paru, dan Institut Kesihatan Kanak-kanak Queen Sirikit.

Garis panduan klinikal juga sedang disediakan untuk kegunaan seluruh negara, berserta latihan kepada kakitangan kesihatan.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16