Thailand beku lebih 2 juta nombor telefon bimbit

BANGKOK – Suruhanjaya Penyiaran Nasional dan Telekomunikasi (NBTC) membekukan lebih 2 juta nombor telefon bimbit selepas pemiliknya gagal mematuhi tarikh akhir pendaftaran pada minggu ini, lapor laman berita Thaiger semalam.

Tindakan itu dilakukan untuk mengukuhkan keselamatan dan mengurangkan penipuan berkaitan nombor telefon tidak berdaftar.

Semua nombor terbabit kebanyakannya dimiliki individu yang memiliki antara enam hingga 100 kad SIM tidak berdaftar.

Langkah itu menjejaskan keupayaan mereka untuk membuat panggilan, menghantar pesanan SMS dan mengakses internet.

Pesuruhjaya NBTC, Jeneral (polis) Nathathorn Prousoontorn menekankan tentang kepentingan melaksanakan langkah tersebut.

“Sekiranya semua kad SIM terbabit tidak didaftarkan dalam tempoh 30 hingga 45 hari lagi, nombor telefon berkaitan akan dipadamkan sepenuhnya dan diagihkan semula kepada pembeli baharu,” katanya.

Pejabat Anti-Penggubahan Wang Haram (AMLO) baru-baru ini meminta NBTC menyemak semula sejumlah 80 juta nombor telefon dikaitkan dengan 113 juta akaun perbankan mobil.

Langkah itu untuk memastikan pemilik kad SIM dan pemilik akaun bank adalah orang sama, manakala proses itu dijangka selesai akhir bulan depan.

Related Posts

Syria dakwa serangan sasar penduduk awam, Israel nafi terlibat
  • SitiSiti
  • July 18, 2025

SYRIA mengecam keras serangan udara yang dilaporkan berlaku lewat malam Khamis di wilayah selatan Suwayda, yang didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan dalam kalangan penduduk awam. Serangan itu menyasarkan kawasan pinggir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Serangan udara Israel gegar bumi Syria
  • SitiSiti
  • July 17, 2025

ISRAEL melancarkan siri serangan udara terbaharu ke atas ibu negara Syria, Damsyik, pada Rabu, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan di rantau itu. Menurut laporan Anadolu, serangan tersebut menyasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET