Tertarik iklan buku percuma, wanita rugi RM110,000 terpedaya pelaburan palsu

MIRI – Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 50-an yang bekerja di sektor swasta kerugian lebih RM110,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian tidak wujud yang dikendalikan melalui aplikasi WhatsApp.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, mangsa pada mulanya tertarik dengan satu iklan bahan bacaan percuma di Instagram pada pertengahan April lalu sebelum menekan pautan yang membawanya ke dalam kumpulan WhatsApp dinamakan ‘Popular Books 90’.

“Seorang individu dari kumpulan tersebut telah memujuk mangsa untuk menyertai satu skim pelaburan yang kononnya menawarkan pulangan tinggi dalam masa singkat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, semua urusan dilakukan melalui aplikasi WhatsApp dan mangsa kemudian membuat beberapa transaksi ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek.

“Jumlah kerugian dianggarkan mencecah lebih RM110,000,” ujarnya.

Mangsa menyedari dirinya ditipu selepas tidak menerima sebarang pulangan pelaburan seperti yang dijanjikan suspek.

Kes disiasat sebagai penipuan pelaburan tidak wujud di bawah kesalahan jenayah komersial.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan