ADAKAH anda salah seorang pelajar lepasan SPM atau STPM/setaraf yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam menerusi permohonan UPUOnline baru-baru ini? Jangan risau, jom mohon segera pengambilan kedua ke universiti awam untuk kemasukan Februari dan Mac 2025.
Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam secara dalam tallian menerusi laman web UA masing-masing. Berikut dikongsikan senarai pengambilan kedua Universiti Awam semester 2 sesi akademik 2024-2025.
Senarai Pengambilan Kedua Universiti Awam Sesi 2024/2025
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan senarai universiti awam yang menawarkan ambilan kedua sesi akademik 2023/2024 untuk lepasan SPM, STPM/Setaraf dan Diploma. Maklumat bagi sesi akademik 2024/2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa:
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI):
- Program Diploma & Sarjana Muda
- Kemasukan Februari 2025
- Lepasan STPM / Setaraf
- Tarikh Permohonan Program Sarjana Muda: 2 hingga 29 Disember 2024
- Tarikh Permohonan Program Diploma: 4 hingga 20 November 2024
- Laman Web: http://www.upsi.edu.my/online/

Universiti Tun Hussein Onn (UTHM):
- Program Sarjana Muda
- Kemasukan Mac 2025
- Lepasan STPM/ Diploma
- Tarikh Permohonan: 1 November hingga 30 November 2024
- Laman Web: https://wapps.uthm.edu.my/intake/

Universiti Teknologi MARA (UiTM):
- Program Asasi, Diploma & Sarjana Muda
- Kemasukan Mac 2025
- Lepasan STPM
- Tarikh Permohonan: 25 Oktober hingga 2 Disember 2024
- Laman Web: https://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm

Universiti Malaysia Pahang (UMP):
- Bagi pengambilan kedua sesi 2024/2025
- Program Sarjana Muda
- Kemasukan Mac 2025
- Lepasan STPM / Setaraf sahaja
- Tarikh Permohonan: 15 November 2024 hingga 25 Disember 2024
- Laman Web: https://admission.ump.edu.my/

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM):
- Pengambilan Mac sesi 2023/2024
- Program Sarjana Muda
- Kemasukan Mac 2024
- Lepasan STPM / Setaraf sahaja
- Tarikh Permohonan Ditutup : 29 Disember 2023
- Laman Web: https://admission.usim.edu.my/ambilan-mac/

Universiti Teknologi Malaysia (UTM):
- Program Sarjana Muda
- Kemasukan Februari 2025
- Lepasan STPM/Diploma/Setaraf
- Tarikh Permohonan : 1 November 2024 hingga 31 Disember 2024
- Laman Web: https://admission.utm.my/

Universiti Utara Malaysia (UUM):
- Kemasukan Mac 2024
- Program Sarjana Muda
- Tarikh Permohonan: 18 Disember 2023 hingga 1 Februari 2024
- Laman Web: Aplikasi Online Permohonan Dan Semakan Saluran Terbuka UUM

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM):
- Program Asasi & Sarjana Muda
- Kemasukan Mac 2025
- Lepasan SPM, STAM, STPM / Setaraf sahaja
- Tarikh Permohonan: 1 November hingga 31 Disember 2024
- Laman Web: Permohonan UIAM

Universiti Malaysia Kelantan (UMK):
- Untuk Semester Februari sesi 2023/2024
- Program Sarjana Muda
- Kemasukan Februari 2024
- Lepasan Diploma sahaja
- Tarikh Permohonan: 14 November hingga 14 Disember 2023
- Laman Web: UMK

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM):
- Program Ijazah Sarjana Muda
- Kemasukan Mac 2024
- Lepasan STPM / Matrikulasi/ Diploma & Setaraf sahaja
- Tarikh Permohonan: 20 Januari 2023 hingga 9 Januari 2024
- Laman Web: Permohonan UTeM

JPPKK (Politeknik & Kolej Komuniti):
- Program Politenik Yang Ditawarkan:-
- Sijil Kolej Komuniti
- Sijil Kemahiran Khas Politeknik
- Diploma Politeknik
- Kemasukan Sesi Januari 2025
- Tarikh Permohonan: 4 Oktober 2024 hingga 4 November 2024
- Laman Web: ambilan.mypolycc.edu.my










