Terima kasih PMX, Menteri Kabinet – MB Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli merakamkan ucapan terima kasih kepada pimpinan Kerajaan Madani khususnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan membantu negeri itu.

Mohd. Shukri mengungkapkan terima kasih susulan kerajaan Pusat meluluskan Geran Persekutuan untuk program Non Revenue Water (NRW) Holistik dan Penukaran Paip di seluruh Perlis dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM436.5 juta.

Menurutnya, peruntukan tersebut melibatkan kerja-kerja penukaran 383 kilometer paip uzur di seluruh negeri Perlis yang bernilai RM344 juta selain RM92.5 juta lagi diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah NRW secara holistik.

“Projek ini bakal dilaksanakan selama lima tahun bermula 2025 hingga 2029 dan merangkumi penukaran kira-kira 50 peratus paip asbestos simen serta paip uzur lain, menjadikan ia peratusan tertinggi berbanding negeri-negeri lain,” katanya ketika menggulung perbentangan perbahasan Belanjawan Perlis 2025 di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Tambah beliau, Syarikat Air Perlis (SAP) akan menjadi penyelaras projek tersebut dengan kerjasama Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (Petra) serta agensi berkaitan termasuk Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Jabatan Bekalan Air (JBA).

“SAP telah menyenaraikan rangkaian paip uzur kepada Petra pada penghujung 2023 dan senarai ini akan dimuktamadkan menerusi beberapa siri pengurusan nilai (Value Management) oleh PAAB dan JBA,” ujarnya.

Selain penukaran paip utama, projek itu juga melibatkan penukaran paip komunikasi, pemulihan tangki air, penukaran meter, GIS, digitalisasi dan modenisasi sistem bekalan air, permeteran daerah serta pengurusan tekanan.

Mohd. Shukri berkata, usaha ini dijangka mampu mengurangkan kadar NRW di negeri itu daripada kira-kira 60 peratus kepada 35 peratus dalam tempoh lima tahun.

“Pesan Timbalan Perdana Menteri kepada SAP semasa lawatan beliau ke Perlis tempoh hari adalah jelas, ‘Kalau tak siap, siap!’ Ini memberi gambaran betapa seriusnya kerajaan dalam memastikan projek ini berjalan lancar,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak khususnya wakil rakyat setempat untuk memainkan peranan dalam melancarkan pelaksanaan projek apabila ia tiba di kawasan masing-masing.

Related Posts

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah