Terengganu, Pahang diramal alami hujan lebat peringkat jingga hingga Rabu – MET Malaysia

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan peringkat jingga dijangka berlaku di beberapa daerah di Terengganu dan Pahang sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, dua daerah di Terengganu iaitu di Dungun dan Kemaman dijangka mengalami hujan berterusan.

“Selain itu, lima daerah di Pahang iaitu Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin turut dijangka mengalami cuaca sama.

“Hujan berterusan peringkat kuning juga dijangka berlaku di Perlis, Kelantan dan Hulu Perak, Perak,” katanya.

Menurutnya, hujan berterusan peringkat kuning juga dijangka berlaku di Kedah membabitkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

“Selain itu, cuaca sama dijangka berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang, manakala di Pahang, ia membabitkan daerah Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera serta Tanah Tinggi Cameron.

“Sementara itu, di Johor iaitu daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi turut diramal cuaca sama,” katanya.

Terdahulu, MetMalaysia melaporkan luruan angin sejuk atau luruan monsun yang berpotensi membawa hujan lebat berpanjangan dan mencetuskan gelombang kedua banjir dijangka melanda negara mulai hari ini hingga 14 Disember ini.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam