Teraju Pahang slogan kosong Pas

KUANTAN – Kerajaan Pahang yang ketika ini diterajui UMNO tidak terkesan dengan kempen ‘Teraju Pahang 2.0’ yang sedang dilakukan Pas.

Sambil menyifatkan kempen itu tidak lebih daripada slogan ‘kosong’, Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga tidak nampak hala tuju jelas yang ingin dibawa Pas menerusi kempen berkenaan.

“Saya lihat perkara ini adalah satu permainan sentimen… persepsi, kerana mereka (Pas) kekurangan modal dan Kerajaan Negeri terus bergerak ke hadapan.

“Dari segi prestasi itu, kita terus bergerak dan buat sehabis baik untuk rakyat dengan pelbagai bantuan dan inisiatif seperti inisiatif Makmur Pahang.

“Sehubungan dengan itu, kalau kita dengar (apa) yang ‘dinyanyikan’ oleh mereka – Pas Teraju Pahang – hanya slogan, tapi apa yang dimaksudkan dengan Pas Teraju Pahang? Apa yang mereka nak buat?” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Aspirasi Pahang First di Kompleks Stadium SUKPA, hari ini.

Menteri Besar Pahang itu mengulas demikian selepas ditanya mengenai kempen dilancarkan Pas Pahang dalam usaha mereka merampas kerajaan negeri dalam PRU16.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu dalam satu majlis pada 6 Jul lalu memberitahu, parti terbabit dengan komponen dalam gabungan PN sudah memulakan jelajah Teraju Pahang 2.0 secara berterusan di seluruh negeri itu.

Dia berkata, program itu adalah kesinambungan kepada pusingan pertama yang selesai menjelajah 24 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi dan berpotensi menang.

Mengulas lanjut mengenai kempen berkenaan, Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO meminta rakyat di Pahang menilai agenda di sebalik kempen agresif Pas dan PN itu.

“Rakyat harus persoalkan bila mereka (Pas) kata nak teraju Pahang, apa yang nak buat (untuk Pahang)?

“Selama saya jadi Menteri Besar Pahang, kita mencatatkan banyak kejayaan dalam ekonomi dan kebajikan kepada rakyat.

“Prestasi kerajaan negeri meningkat, boleh diukur, KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) kita adalah antara negeri terbaik mengatasi KDNK peringkat nasional,” ujarnya.

Related Posts

PKR desak Nik Zawawi perjelas kenyataan hina sahabat Rasulullah

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan beliau yang didakwa mengandungi tohmahan terhadap sahabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konvensyen PH di Johor perlu jadi penentu arah kerjasama PH-BN

PULAI – Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang dijadual berlangsung pada 17 Mei ini di Persada Johor Bahru disifatkan sebagai platform penting dalam menentukan hala tuju kerjasama politik antara PH dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang