Tepung 6.2 tan disorok sebalik muatan sah dirampas di ICQS Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam merampas 314 beg tepung seberat 6,280 kilogram yang dipercayai tidak diikrar dalam pemeriksaan ke atas sebuah lori bernombor pendaftaran Thailand di Bay Pemeriksaan Import, Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, kelmarin.

Rampasan kira-kira pukul 3.50 petang itu dilakukan selepas imej imbasan mesin X-Ray menunjukkan terdapat ketidakselarasan pada muatan lori berkenaan.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisiiner Fauzi Mohd Yusof berkata, pemeriksaan lanjut oleh sepasukan pegawai AKPS mendapati dagangan dipercayai tidak diikrar itu disembunyikan di sebalik barang yang telah diikrarkan dalam dokumen kastam.

“Dagangan terbabit dipercayai cuba dibawa masuk bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa selain mengaburi pemeriksaan terhadap muatan sebenar lori tersebut.

“Rampasan melibatkan sebanyak 314 beg tepung dengan anggaran berat keseluruhan 6,280 kilogram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, nilai anggaran kasar rampasan tersebut dianggarkan berjumlah RM50,240.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana membuat pengikraran tidak benar berkaitan dagangan yang dibawa masuk ke negara ini.

Beliau berkata, AKPS akan terus memperketatkan kawalan di pintu masuk negara bagi memastikan setiap dagangan yang dibawa masuk mematuhi peraturan serta undang-undang ditetapkan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengelak cukai atau membuat pengikraran palsu,” katanya.

Related Posts

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

KUCHING – Kerajaan Sarawak terus memperhebat usaha pemuliharaan kawasan semula jadi di Ulu Baram menerusi cadangan pewartaan Keluan Hill sebagai taman negara baharu yang turut merangkumi kawasan air terjun Three…

Lebih lanjut

teruskan membaca
HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

MIRI – Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Bahagian Miri menjadi platform penting dalam memperkasa golongan belia agar lebih berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan selaras dengan keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 perkukuh jaminan makanan

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 perkukuh jaminan makanan

Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas