Tengku Mahkota Pahang daki Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo


KOTA KINABALU – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dijadual mendaki Gunung Kinabalu pada 12 Mei sempena Ekspedisi Mahkota Borneo bermula 11 hingga 13 Mei ini.

Majlis Kesultanan Pahang dalam kenyataan media pada Sabtu, memaklumkan, baginda akan diiringi pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU) serta pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang pendakian gunung tertinggi negara itu.

Menurut kenyataan itu, Tengku Hassanal dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu pada 11 Mei dan kemudian akan mengadakan pertemuan di Istana Seri Kinabalu bersama-sama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bagi bertukar pandangan dan idea.

Baginda kemudiannya dijangka berangkat ke Kundasang pada hari sama dan rakyat Sabah yang ingin bertemu Tengku Mahkota Pahang dialu-alukan menunggu di sepanjang laluan menuju ke kawasan berkenaan.

Majlis Kesultanan Pahang berkata, Ekspedisi Mahkota Borneo mencerminkan semangat kepimpinan, ketahanan fizikal dan disiplin tinggi yang sentiasa diterapkan Tengku Mahkota Pahang khususnya dalam kalangan generasi muda dan pasukan keselamatan negara.

Selain itu, program berkenaan turut dilihat mampu mengukuhkan hubungan silaturahim serta kerjasama strategik antara negeri Pahang dan Sabah, di samping menyemarakkan semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Pendakian Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia turut menjadi simbol ketabahan, keberanian dan semangat juang tinggi yang sentiasa dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku,” menurut kenyataan itu.

Related Posts

‎Pengusaha pertanian tempatan bantu kurangkan import makanan

TAMBUNAN-  Pengusaha pertanian tempatan memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dari luar negara.‎‎Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, Sabah memerlukan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketidaktentuan global beri tekanan kepada rakyat – Tun Wan Junaidi

KUCHING – Ketegangan geopolitik dunia, konflik antarabangsa dan ketidaktentuan ekonomi global kini memberi tekanan langsung kepada kehidupan rakyat termasuk peningkatan kos sara hidup, harga makanan dan kos pengangkutan. Yang di-Pertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Mahkota Pahang daki Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo

Tengku Mahkota Pahang daki Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo

Itu kenyataan palsu, MKM komited beri sokongan kepada Anwar

Itu kenyataan palsu, MKM komited beri sokongan kepada Anwar

‎Pengusaha pertanian tempatan bantu kurangkan import makanan

‎Pengusaha pertanian tempatan bantu kurangkan import makanan

Ketidaktentuan global beri tekanan kepada rakyat – Tun Wan Junaidi

Ketidaktentuan global beri tekanan kepada rakyat – Tun Wan Junaidi

UMNO rai ulang tahun ke-80 di Istana Besar Johor, imbau sejarah penubuhan parti

UMNO rai ulang tahun ke-80 di Istana Besar Johor, imbau sejarah penubuhan parti

Fahmi difitnah, jumpa Sultan Selangor isu akaun palsu bukan ladang babi

Fahmi difitnah, jumpa Sultan Selangor isu akaun palsu bukan ladang babi