Tengku Hassanal berjaya ‘tawan’ Gunung Kinabalu

KUNDASANG – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat menawan puncak Gunung Kinabalu pada awal pagi Rabu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo 2026.

Baginda bersama rombongan dilaporkan tiba di puncak tertinggi negara itu sekitar jam 6 pagi selepas memulakan pendakian dari Kem Panalaban seawal jam 2.30 pagi, pada Rabu.

Pendakian berkenaan mendapat perhatian ramai pendaki dan pengguna media sosial yang turut berkongsi suasana sepanjang perjalanan baginda menuju ke Low’s Peak.

Terdahulu, Tengku Hassanal memulakan pendakian dari Timpohon Gate pada Selasa sebelum selamat tiba di Panalaban kira-kira jam 3.45 petang.

Ekspedisi Mahkota Borneo berlangsung bermula 11 hingga 13 Mei dengan Sabah menjadi lokasi utama program yang turut mendapat sambutan rakyat di negeri ini.

Kredit gambar: Alex Clarence 2

Related Posts

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

KOTA KINABALU – Sembilan pakej kerja Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A disasarkan siap pada tahun ini, manakala empat lagi pakej dijangka siap pada tahun 2027. Timbalan Menteri Kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

KLUANG – Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius kenyataan berunsur penghinaan terhadap para sahabat Nabi Muhammad SAW yang didakwa disampaikan dalam ceramah politik tanpa sandaran serta rujukan yang jelas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

Burung murai batu tanpa permit dirampas di Penampang

Burung murai batu tanpa permit dirampas di Penampang

MyB2S 2026 buka jalan pelajar miliki lesen sah, perkukuh budaya keselamatan jalan raya

MyB2S 2026 buka jalan pelajar miliki lesen sah, perkukuh budaya keselamatan jalan raya

ADUN pembangkang perlu amal budaya politik matang

ADUN pembangkang perlu amal budaya politik matang