Tema Hari Ibu 2025 tekankan peranan ibu sebagai asas keluarga penyayang

KOTA KINABALU – Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 tahun ini mengangkat tema ‘Sentuhan Kasih Ibu’ yang memberi peranan seorang ibu sebagai asas keluarga penyayang dalam membentuk akhlak anak-anak.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, tema ini menekankan betapa pentingnya peranan seorang ibu dalam membentuk sebuah keluarga.

“Sambutan Hari Ibu diraikan setiap tahun bagi menghormati jasa, kasih dan kecekalan sebagai seorang ibu.

“Dan ibu-ibu yang tidak pernah mengenal erti penat dalam membesarkan anak-anak dan menyumbang kepada masyarakat serta negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pada Ahad.

Tambahnya, pemilihan Sabah kali ini bagi memberi peluang kepada para ibu di Borneo untuk sama-sama meraikan Sambutan Hari Ibu.

“Program hari ini ialah Hari Ibu Kebangsaan yang kita bawa ke Sabah pada kali ini.

“Tahun lepas di Melaka, Insya-Allah, tahun depan kita akan berpindah ke tempat lain.

“Ini adalah untuk memberi peluang kepada ibu-ibu yang berada di Borneo ini untuk meraikan hari ibu bersama dengan kami di sini,” katanya ketika ditemui media.

Pada majlis tersebut, KPWKM dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) turut menganjurkan dua kategori penghargaan iaitu Anugerah Ibu Inspirasi 2025 dan Anugerah Ikon Ibu Muda 2025 bagi mengiktiraf pengorbanan dan inspirasi golongan ibu.

Kasmirah Jaafar, anak kelahiran Bekok, Johor yang telah menetap lebih separuh usia di Sabah, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ibu Inspirasi 2025.

Sementara itu, penyanyi dan pelakon Dayang Ara Nabellah Awang Astillah atau lebih dikenali sebagai Bella Astillah menerima Anugerah Ikon Ibu Muda 2025.

Anugerah tersebut diberikan sebagai penghargaan kepada ‘Semangat Bella’, ibu muda yang memanfaatkan sepenuhnya bakat dimiliki untuk bangkit daripada cabaran hidup demi membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Majlis tersebut disempurnakan oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag; isteri Timbalan Ketua Menteri II, Datin Seri Linda Ewit; isteri Timbalan Ketua Menteri III, Datin DG Siti Noor Hayyat AG Mohd Saufi dan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Flovia Ng.

Related Posts

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

SEREMBAN – Isu pemecatan Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak seharusnya tidak lagi menjadi pertikaian, sebaliknya perhatian perlu diberikan kepada pematuhan proses perlembagaan secara menyeluruh. Bekas hakim Mahkamah Rayuan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

  • By Ynom
  • May 6, 2026
Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

Banjir kilat landa Pos Sinderut, jejas 50 kediaman

Banjir kilat landa Pos Sinderut, jejas 50 kediaman

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin